MARAH betul Papagomo bila kena tuduh jadi ejen Tun Mahathir Mohamad.

Segala-galanya berpunca apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan dirinya, Mohamad Hasan atau Tok Mat dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa ada pihak menuduh mereka bertiga sebagai ejen kepada Tun Mahathir.

Tanpa berselindung, Papagomo menyebut pihak yang dimaksudkan iaitu Lokman Noor Adam dan Esmee Mat Isa.

“Saya nak beritahu, mereka (Lokman dan Esmee) ni bodoh, memang bodoh.

“Ini bukan soal ejen kepada Tun Mahathir,” katanya dalam satu rakaman video baru-baru ini.

Papagomo mendakwa kedua-dua ahli UMNO itu tidak faham tentang konsep penyatuan ummah yang diperjuangkan oleh parti-parti Melayu.

“Bila kita cakap tentang penyatuan ummah ni, kita tak kisah apa kuasa parti politik Melayu untuk menjayakan agenda penyatuan ummah.

“Ini bukan sentimen peribadi. Macam saya cakap hari ini, saya memang tak suka Syed Saddiq, sebab dia penipu dan lembik.

“Tapi demi menjayakan kuasa penyatuan ummah, marilah bersama-sama demi kuasa politik Melayu,” katanya lagi.

Papagomo mengingatkan matlamat penyatuan ummah adalah menolak DAP dan Anwar Ibrahim daripada memimpin negara ini.

Katanya, jika DAP dan Anwar memerintah negara, mungkin Malaysia akan menjadi negara sekular, bebas LGBT dan sebuah negara republik.

“Jadi antara Tun Mahathir dan Anwar, kita nak pilih siapa?

“Kalau kita fikir tentang Tun Mahathir sebelum ni buat UMNO macam-macam, dia kata orang Melayu bodoh, kita akan lupa musuh sebenar kita siapa?

“Aadakah kita akan fikir tentang agenda DAP ni yang dah masuk dalam kerajaan dan mereka mahu menjadikan Malaysia ini negara republik.

‘Jadi demi selamatkan negara daripada jatuh ke tangan DAP, jatuh ke tangan peliwat Anwar ini, kita kena berkompromi,” katanya. – NTHQiBord, 20 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.