TEO Nie Ching tidak layak berada dalam Kementerian Pendidikan kerana sikapnya yang ultra kiasu dan licik.

Pendakwah bebas, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, golongan ultra kiasu seperti Nie Ching sangat licik membuat kerja dalam diam-diam selepas Ahli Parlimen DAP itu cuba mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.

Nie Ching dikecam teruk pelbagai pihak kerana meminta pandangan daripada bukan Islam untuk mengkaji dan menambah baik silibus subjek berkenaan.

Mengulas lanjut tindakan Nie Ching itu, Ridhuan berkata golongan ultra kiasu amat kuat menentang jika meminta mereka mengkaji atau memahami Islam dengan tujuan mengeratkan hubungan dengan rakyat majoriti.

Katanya, golongan bukan Islam tidak akan tahu tentang Islam jika mereka tidak pernah ambil tahu mengenai agama Persekutuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan.

“Tidakkah sepatutnya bukan Islam wajib tahu sebab ia agama negara merentasi agama dan bangsa lain selain Islam.

“Mereka lebih rela dan terlalu suka belajar lebih banyak sejarah Tanah Besar China daripada sejarah Islam dan sejarah Tanah Melayu.

“Apa yang kita boleh harapkan mereka untuk memberikan input kepada subjek Pendidikan Islam? Sudah tentu keadaan akan menjadi lebih gawat.

“Cuba bayangkan jika kita memandai-mandai campur tangan dalan pendidikan agama Buddha, Hindu dan Kristian. Heboh satu dunia? Mereka akan kata macam-macam? Apakah kita lupa bagaimana rakan kita, Firdaus Wong yang menjual buku berkaitan pandangan Islam terhadap agama Hindu, bagaimana gerombolan penganut Hindu ‘menyerang’ beliau?” katanya seperti dilaporkan Ismaweb.

Ridhuan tanpa berselindung menggesa agar Nie Ching disingkirkan sebelum terlambat dan digantikan dengan mereka yang kurang ultra kiasu, makna kata mereka yang boleh diterima rakyat Malaysia.

“Islam menjadi minoriti dalam negara majoriti bukan Islam, kenalah faham agama dan budaya majoriti meskipun bukan Islam.

“Bukan begitu ultra kiasu. Namun jika terus berkeras dan menentang, eloklah sila angat kaki,” katanya. – 20 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Disebabkan sikap toleransi ajaran Islam dan bangsa Melayu yang telah diajar dan dibesarkan dengan sikap mudah bertolak ansurlah, golongan DAP seperti Nie Ching bermaharaja-lela di negara ini. Kalau sebaliknya, orang Islam dan Melayu berada di negara China susah tentunya nasib kita menjadi seperti nasib kaum Uyghurs di China, malahan mungkin lebih teruk. Silap siapakah ini, bangsa Melayu yang beragama Islam yang berpecah belah dan tidak menjiwai semangat Islam itu sendiri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.