MAKIN hebat perangai pemimpin daripada satu parti ini, lepas satu persatu masalah mereka.

Terbaharu dilaporkan seorang pemimpin PKR negeri Perlis dipercayai mempunyai tabiat buruk, iaitu ketagihan minum air ketum.

Perkara itu diadukan sendiri oleh sekumpulan pemimpin di satu kawasan di negeri itu.

Mereka bertindak dengan membuat satu memorandum yang bertarikh 24 Mei.

Yang turut serta adalah seorang timbalan ketua cabang di kawasan itu iaitu Wan Mohamad Fishaal Wan Daud.

Memorandum itu diberikan kepada beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan naib-naib presiden – Zuraida Kamarudin, Xavier Jayakumar dan Tian Chua.

Memorandum itu dipercayai dilakukan mereka untuk menzahirkan bahawa ahli parti itu sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin tersebut yang disifatkan sudah ‘gila’ minum air ketum.

Malah mereka turut mempersoal tindakan pemimpin itu yang memecat beberapa anggota parti itu tanpa sebab yang kukuh.

Sebahagian daripada pemimpin di negeri berkenaan juga meluahkan bahawa pemimpin tersebut adalah seorang yang gagal.

Menurut sumber, pemimpin yang dimaksudkan itu tidak pernah mengambil pendekatan untuk mencari jalan mendekati pengundi.

Sebetulnya perkara sebegini tidaklah begitu aneh sebenarnya jika dibandingkan dengan perangai pucuk pimpinan mereka.

Pelbagai perkara pelik yang jadi, daripada pemimpin yang dikaitkan dengan perangai seks luar tabii sehinggalah ke mabuk air ketum.

Namun begitu, ramai juga dalam kalangan penyokong tegar mereka ini yang masih tidak menyedari perangai buruk pemimpin mereka.

Almaklumlah, dalam ceramah macam-macam ayat agama keluar.

Padahal hakikat sebenarnya mereka ini sudah jauh terpesong daripada keadaan normal norma-norma manusia.

Kalau setakat ketagih minum air ketum, benda kecil sahaja.

Macam ini la hakikatnya perangai pemimpin yang penyokong PKR agung-angunkan. – NTHQiBord, 20 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.