TIMBALAN Menteri Pendidikan Teo Nie Ching diibarat seperti ‘orang gila’ yang ada kekuatan luar biasa kerana berani menyentuh isu yang berkaitan dengan agama Islam, kata Datin Hajar Abdul Rahman.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata Ahli Parlimen Kulai dari DAP itu tidak sepatutnya membuat kenyataan yang menyentuh sensiviti orang Islam walaupun beliau kini berada dalam kerajaan.

Hajar berkata, sedangkan umat Islam sendiri termasuk golongan ulama dan agamawan mengambil pendekatan berhati-hati untuk menceritakan tentang Islam.

“Bila kita bercerita tentang Islam, ia akan melibatkan soal akidah. Jadi bagaimana mereka (bukan Islam) mahu bercerita tentang soal akidah.

“Jadi siapa dia (Nie Ching) untuk suruh Islam ini dibincangkan?” kata Hajar ketika ditemui NTHQiBord baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan kontroversi Nie Ching yang mencadangkan agar satu petugas khas berbilang kaum ditubuhkan untuk membincangkan subjek Pendidikan Islam.

Hajar turut mengingatkan Nie Ching agar patuh dan setia kepada Perlembagaan Negara kerana Malaysia mendokong kepada agama Islam.

Beliau berkata, tindakan Nie Ching itu menunjukkan pemimpin DAP itu tidak menghormati lima perkara dalam Perlembagaan termasuk hak keistimewaan orang Melayu.

“Dia sendiri tidak homarti kerakyatan yang diberi kepadanya, jadi bagaimana orang akan hormat kepada dia.

“Dia ibarat sudah lupa diri,” katanya. – NTHQiBord, 19 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Inilah mada terbaik untuk UMNO Johor khasnya dan UMNO umumnya, terutamanya saya puteri dan wanita untuk bertindak membuat lapuran polis dan menghantar memorandum kepada sultan Johor dan YDPA sebagai ketua agama negeri dan negara untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas TM Pelajaran yang tidak berpelajaran ini..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.