PENYATUAN antara parti-parti Melayu di Malaysia tidak mustahil dilakukan jika satu perkara ini dibuang.

Kerjasama UMNO dan PAS telah membuktikan bahawa misi penyatuan ummah bagi golongan Melayu boleh dilaksanakan jika ada titik persamaan antara kedua-dua pihak.

Penyatuan yang lebih besar juga boleh dicapai dengan melibatkan parti-parti Melayu lain seperti Bersatu, PKR dan PAN jika masing-masing mengenepikan satu-satunya sifat yang boleh menghalang misi tersebut.

“Bagi saya, paling susah dalam dunia ini adalah membunuh ego sendiri. Tapi kalau kita fikirkan untuk manfaat, orang Islam dan orang Melayu, tiada masalah (untuk penyatuan itu),” kata Datin Hajar Abdul Rahman, Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat.

Beliau mengulas pertanyaan NTHQiBord sama ada UMNO sedia menerima Bersatu dalam penyatuan yang lebih besar bagi manfaat orang Melayu dan Islam.

Mengambil contoh perpecahan UMNO sehingga tertubuhnya parti Semangat 46, Hajar berkata, kedua-dua parti itu akhirnya bersatu kembali atas satu persamaan iaitu demi Melayu dan Islam.

“Allah itu Maha Pengampun, apalah sangat kita ini sebagai manusia,” katanya merujuk kepada kesediaan UMNO untuk bergabung kembali dengan Bersatu atas nama penyatuan ummah.

Mengulas mengenai kerjasama UMNO dan PAS di Johor, Hajar berkata menyifatkan proses kerjasama antara kedua-dua parti di negeri itu amat hebat terutamanya di Batu Pahat.

Katanya, agenda memperjuangkan agama, bangsa dan negara tidak boleh dilakukan jika UMNO dan PAS bergerak mengikut haluan masing-masing.

Oleh itu katanya, hasil kerjasama kedua-dua parti, sebanyak 14 siri ceramah perpaduan ummah sudah diadakan di seluruh negeri dan usaha mereka itu mendapat sambutan yang hangat.

“Memang ramai orang datang terutamanya golongan muda dan ini petanda yang positif.

“Golongan muda merasakan sia-sia jika kedua-dua parti ini bergaduh selama 60 tahun dan menyokong penuh penyatuan UMNO dan PAS,” katanya.

1 COMMENT

  1. Penyatuan UMNO-PAS boleh berlaku dgn mudah apabila PAS membuang egoisnya & membersihkan UMNO dari segala hinaan, tudohan, hukum yg telah dijatuhkan kpd UMNO sebelum ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.