TAMAKNYA orang Melayu bila dapat kuasa. Yang sudah jatuh masih gilakan kuasa. Yang sudah naik, lupa pula pada nama.

Kekalahan parti Melayu pada PRU lalu adalah guru untuk mengajar Melayu tentang pentingnya untuk bersama.

Kalau tidak, masakan UMNO dan PAS kini boleh senafas senada mengemudi kapal yang sama demi memartabatkan penyatuan bangsa.

Tapi adakah cukup hanya UMNO dan PAS sahaja bersama membela nasib Melayu yang semakin tercelaka?

Memang tidak cukup. Itu kebenaran yang disampaikan Presiden Jaringan Melayu, Dato’ Azwanddin Hamzah dalam satu luahan hatinya di Facebook baru-baru ini.

Bagi Azwanddin, istilah penyatuan ummah itu sepatutnya membawa makna yang lebih besar dengan melibatkan kesemua pemimpin Melayu tidak kira apa sekali pun logo yang dibawanya.

Lihat saja kaum Cina dan India pada hari ini. Bagaimana mereka boleh bersatu untuk menumbangkan kuasa politik Melayu???

Ini bukan perkauman, tapi ini realitinya bila Melayu sendiri mabukkan kuasa dan tidak mahu berkongsi takhta sesama bangsa.

Sudah berapa banyak parti Melayu yang ada di Malaysia hari ini jika dibanding dengan kaum lain?

Ini bukan soal untuk melihat siapa jaguh dalam menjaga hal Melayu, tapi ini soal mengembalikan kuasa orang Melayu demi menjaga kepentingan kaum itu sendiri.

Seperti diluahkan Azwanddin, parti-parti Melayu Islam sepatutnya duduk bersama berbincang atas satu persamaan, iaitu demi agama dan bangsa!

Bukannya soal siapa mahu berkuasa atau membahagikan harta!

Mesej jelas disampaikan oleh Azwanddin adalah Melayu harus belajar berkongsi kuasa sesama sendiri. Tolak kepentingan dan agenda peribadi yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.

Memang benar apa yang dikatakan Azwanddin. Pemimpin Melayu adalah sombong dan bongkak.

Kebongkakan dan kesombongan pemimpin ini akhirnya membawa padah kepada orang Melayu sendiri kerana sikap mereka itu membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.

Lihat saja bagaimana Bangsa DAP hari ini. Cukup selesa membonekakan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan.

Hanya keegoan dalam diri saja yang menafikan realiti yang sedang berlaku pada hari ini.

Seruan Azwanddin agar rakyat dan pemimpin Melayu bangkit itu perlu lantas disahut. Ini bukan satu hasutan, tapi satu seruan untuk menjulang semula sebuah kerajaan Melayu, bukannya kerajaan boneka!

Di saat artikel ini disiarkan juga, rakyat perlu mengajar pemimpin Melayu agar membuang sifat pentingkan diri dan mula belajar untuk berkongsi kuasa.

Jangan sesekali sampahkan amanah yang diberikan orang Malyu yang mahu nasib mereka terbela.

Tanamkan sifat jujur dan amanah dalam diri untuk membawa perjuangan bangsa, bukannya membiakkan nafsu serakah mengumpul harta!

Ingatlah kata Azwanddin wahai pemimpin Melayu bahawa jujur dan amanah satu perjuangan! – NTHQiBord, 21 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.