KETEGANGAN antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran semakin memuncak apabila Washington melarang pesawat dari negara itu menggunakan ruang udara republik Islam tersebut.

Arahan itu dikeluarkan oleh Pentadbiran yang melarang pengendali syarikat penerbangan negara itu melalui ruang udara Iran, lapor agensi berita Anadolu.

Larangan penerbangan itu meliputi ruang udara di sekitar Selat Hormuz dan Teluk Oman, dikeluarkan beberapa jam selepas sebuah pesawat dron AS ditembak tentera Iran di Selat Hormuz.

Tehran mendakwa dron milik AS menceroboh ruang udaranya, sebaliknya Washington tegas mengatakan dron itu berada di ruang udara antarabangsa.

“Terdapat banyak pesawat penerbangan awam beroperasi di kawasan itu pada masa kejadian,” kata FAA.

FAA turut menyuarakan kebimbangan mengenai aktiviti ketenteraan berhampiran laluan pesawat awam dan tindakan Tehran menggunakan peluru berpandunya di ruang udara antarabangsa.

Presiden Donald Trump dilaporkan berkata, beliau akan meneliti perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan, sama ada Washington akan menyerang balas ke atas Tehran atau sebaliknya. – AGENSI, 21 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.