PERMAINAN dalam talian popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sememangnya menjadi fenomena dalam kalangan peminat permainan video di seluruh dunia.

Tidak kira golongan muda atau tua, lelaki atau wanita, ramai yang terjebak dengan permainan tersebut.

Namun permainan PUBG ada sisi buruknya seperti yang disuarakan oleh Majlis Ulama Aceh.

Golongan ulama Aceh, Indonesia itu menetapkan fatwa bahawa haram untuk bermain PUBG kerana permainan itu memudaratkan.

Selain itu, Majlis Ulama Aceh menyifatkan permainan itu menghina Islam dan menyebabkan ketagihan kepada pemain.

“Kerajaan tempatan wajar mempertimbangkan larangan secara terang-terangan. Fatwa kami menetapkan PUBG dan permainan yang lain sepertinya adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan tingkah laku seseorang,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Aceh, Faisal Ali.

Aceh mengikut jejak langkah Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melarang PUBG kerana bimbang ia menghasut keganasan dalam dunia nyata. – AGENSI, 21 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.