MENG Hongwei pernah menjadi Ketua Agensi Polis Antarabangsa (Interpol) selama dua tahun dari 2016 hingga 2108.

Interpol adalah sebuah agensi antara kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak berkuasa polis di seluruh dunia dan untuk membangunkan cara berkesan menentang jenayah.

Tapi malangnya, agensi antarabangsa itu dicemari isu rasuah apabila Hongwei mengakui menerima sogokan sebanyak AS$2.1 juta (RM8.7 juta) pada Mahkamah Perantaraan Tianjin No 1 di utara China.

Menurut mahkamah terbabit, Hongwei telah menggunakan kedudukan dan statusnya antara 2005 dan 2017 termasuk ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Awam dan Ketua Polis Marin untuk menerima wang suapan tersebut.

Keputusan kes tersebut bagaimanapun akan diumumkan pada tarikh atau masa yang ditetapkan oleh mahkamah tersebut.

Mengikut undang-undang China, pesalah kes rasuah boleh dijatuhi hukuman mati.

Republik itu masih mengamalkan cara hukuman lapuk iaitu tembak sampai mati bagi pesalah yang dijatuhi hukuman mandatori itu.

Hongwei dilaporkan ‘hilang’ ketika kunjungannya ke China dari Perancis pada September lalu tetapi tidak lama selepas kehilangannya, beliau berdepan dakwaan menerima rasuah dan turut disingkirkan daripada Parti Komunis. – AGENSI, 21 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.