Tambahnya tindakan ini berkemungkinan memberi peluang kembali untuk Barisan Nasional (BN) merampaskan kembali tampok kepimpinan negara.

MELIHAT kepada situasi semasa pentadbiran kerajaan pada ketika ini amatlah mendukacitakan.

Terdapat rompong-rompong kecil yang dilihat, walaupun Pakatan Harapan (PH) ketika ini telah memegang tampuk pemerintahan negara sejak setahun yang lalu.

Kewujudan kerajaan campuran dilihat adalah salah satu sandaran yang boleh dilakukan untuk menampung kelemahan pentadbiran sedia ada.

Perkara ini turut mendapat persetujuan daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, yang merasakan ianya adalah kunci kepada penambaikan kepada negara terutama dalam aspek pembangunan negara.

Kamaruddin Sidek berkata ianya telah lama dicadangkan oleh presiden PAS suatu ketika dahulu yang melihat ianya adalah kunci kepada kemajuan negara yang boleh dicapai melalui kerjasama kerajaan campuran.

Menurutnya, pendekatan ini adalah satu keperluan memandangkan kepimpinan daripada setiap parti di negara mempunyai pemimpin yang berkredibiliti, termasuklah dalam kem pembangkang.

Katanya melalui kerajaan campuran ini, seharusnya pemilihan jawatan menteri mestilah mengambil kira pengalaman dan kemahiran pemimpin itu.

“Tidak semestinya dia adalah kepimpinan parti politik dia mesti jadi menteri…sedangkan dia tidak ada kemahiran untuk menjadi menteri.

“(Sebagai contoh) menjadi menteri kewangan, sedangkan dia (Lim Guan Eng) hanya berbekalkan pengalaman menjadi ahli politik semata mata.

“Seperti yang berlaku dalam kerajaan PH ketika ini..disebabkan dia presiden parti, dia timbalan presiden parti dia akan dapat kedudukan sebagai menteri.

“Tapi dia dalam keadaan canggung, dia tidak boleh buat (portfolio sebagai menteri)..ini mereka kena lihat,” katanya.

Menurut Kamarudin, walaupun kerajaan campuran dilaksanakan namun tunggak kepada kestabilan negara iaitu Perlembagaan perlu dijadikan sandaran utama.

Perlaksanaan Perlembagaan adalah penting demi menjamin perpaduan serta kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum, ujarnya.

“Cuma satu syarat ..walaupun kita boleh buat kerajaan perpaduan dan sebagainya semua parti poltik boleh duduk dalam satu kerajaan tetapi jangan lupa dengan asas Perlembagaan negara kita.

“Dengan kontrak sosial, kedudukan keistimewaan orang-orang Melayu .. itu perlu dijadikan satu sandaran,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘PPBM – UMNO – PAS Penyatuan Yang Lebih Baik?” baru-baru ini. – NTHQiBord, 20 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.