JARAK Malaysia ke Mesir adalah 7,936 kilometer.

Manakala jarak Iskandar Puteri di Johor ke Kuala Lumpur hanyalah 333 kilometer.

Tapi peliknya, suara ‘abang long’ Pakatan Harapan (PH), Lim Kit Siang boleh sampai ke Mesir, tetapi tidak pula singgah di Kuala Lumpur.

Tepatlah kata pepatah lama untuk Kit Siang ini.

Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak.

Itu perumpamaan untuk kes kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim dan bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Tidak semena-mena Kit Siang menyalak untuk menggesa satu siasatan antarabangsa dibuka bagi menyiasat kematian Morsi, tetapi untuk arwah Adib, hanya bercadang untuk kalung anugerah sebagai wira.

Siap petik lagi kenyataan anak Morsi, Ahmad seolah-olah Kit Siang mengambil berat tentang pemergiaan Morsi.

Nada Kit Siang juga agak keras sehingga mahu kerajaan Mesir bertanggungjawab jika ada salah laku dalam kematian Morsi.

Sungguh besar cita-cita Kit Siang sekarang. Bukan sahaja mahu jadi presiden peringkat tempatan tapi sudah sampai ke tahap antarabangsa.

Tapi kenapa nada Kit Siang seperti seekor anjing tersepit pagar apabila bercakap tentang arwah Adib?

Tidak dengar pula Kit Siang menggesa penubuhan siasatan diraja (RCI) untuk membela kematian Adib, tidak seperti kematian Teoh Beng Hock pada 2009.

Tidak pula Kit Siang mengadakan demonstrasi atau berkumpul memegang lilin dan sepanduk untuk arwah Adib?

Apakah Kit Siang mahu guna alasan tidak mahu campur siasatan pihak berkuasa terhadap kes kematian Adib?

Jadi kenapa mahu mengganggu kes kematian Morsi yang langsung tidak ada kena mengena dengan dia sendiri?

Adakah atas dasar hak asasi, Kit Siang rasa dia boleh bersuara untuk Morsi?

Mana suara hak asasi Kit Siang untuk Adib pula? Apakah Adib tidak layak dibela mengikut lunas hak asasi?

Mana suara Kit Siang yang mahu perusuh-perusuh di kuil Seafield yang menjadi punca kematian Adib agar mereka ditangkap?

Tak perlulah bermain wayang wahai Kit Siang seolah-olah mengambil berat tentang pemergian seorang pemimpin Mesir yang amat disenangi umat Islam kebanyakan negara.

Mungkin Kit Siang berharap ada suara akan menyebut, “Setidak-tidaknya Kit Siang membela kematian Morsi” atau “Bagusnya pemimpin DAP sebab bela kematian Morsi.”

Tapi rasanya, tidak pernah pula Kit Siang bersuara ketika Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan kerajaan demokratik Morsi pada 2013.

Jadi kenapa tiba-tiba Kit Siang mahu jadi hero untuk bela kematian Morsi, tetapi tidak pula dalam kes kematian Adib? – NTHQiBord, 21 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.