PEMASANGAN papan tanda dalam bahasa Cina di sekitar Tanjung Sepat menimbulkan pelbagai persoalan khususnya kepada pematuhan arahan Sultan Selangor.

Padahal tahun lepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di negeri itu ditanggalkan dan diganti serta merta.

Kes tahun lepas berlaku di Kampung Melayu Subang dan kali ini di Tanjung Sepat pula.

Sehingga kini, dilaporkan tiada mana-mana pihak mengambil tindakan menukar papa tanda tersebut.

Dalam hal ini, jelas sekali pihak Majlis Daerah, Exco dan pihak Menteri Besar seolah-olah bermain dengan api. Apatah lagi arahan Sultan Selangor amat jelas dan terang.

Kejadian ini tidak sepatutnya berulang dan ini memberi gambaran, bahawa pihak DAP sekali lagi menguji kesabaran orang Melayu.

DAP juga secara tidak langsung memberi gambaran bahawa jika mereka berkuasa sepenuhnya suatu hari nanti, Bahasa Melayu, Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera akan ditolak ke tepi.

Dalam keadaan sedikit kuasa yang dimiliki, mereka begitu berani melanggar perintah sultan dan tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memberi alasan pemasangan itu atas arahan Ean Yong Hian dari DAP yang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampong Baharu dan Pemutihan Kilang Haram dalam kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu Yang Dipertua MDKL Mohamad Zain A Hamid pula memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu arahan daripada pejabat Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya.

Berapa lama lagikah papan tanda itu akan diturunkan? Perlukah sehingga ada arahan rasmi daripada Menteri Besar baru hendak ditukar.

Atau adakah pihak MDKL mendapat tekanan daripada exco berkenaan sehingga takut menukar papan tanda terbabit?

Persoalannya, adakah arahan daripada Menteri Besar dan exco lebih besar daripada titah Sultan Selangor?

Adakah orang Melayu tidak lagi menjadi tuan di tanah airnya sendiri?

Semakin lambat tindakan diambil, semakin menunjukkan kelemahan Menteri Besar Selangor mengawal situasi politik di negerinya.

Dari sudut lain, apa yang berlaku ini sepatutnya menyedarkan orang Melayu akan agenda sebenar DAP selama ini. Jangan dipatuk ular dari lubang yang sama. – 21 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Masalah bangsa Melayu yang tunduk kepada bangsa DAP/ Cina tetapi dengan bangsa sendiri angkuh dan sombong. Lemah dan bodoh sangatkah bangsa Melayu jni hingga akur dan patuh dengan bangsa lain sehingga seringkali ajaran Islam dan Al Quran diketepikan. Bangsat sangatkah YPMD Kuala Langat yang sanggup mengetepikan arahan sultan dan mengikut telunjuk DAP demi untuk mengekalkan jawatan YPMD?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.