PEMIMPIN parti yang berteraskan Melayu perlu berpandangan jauh di dalam memastikan nasib bangsa sendiri terbela.

Mereka ini perlu bersikap rasional, malah perlu membuang sifat yang hanya mementingkan diri semata-mata, khususnya terhadap jawatan dan wang ringgit.

Jika tidak nasib bangsa Melayu dan tanah air tergadai dek kerana bersekongkol dengan  musuh yang sudah tentu tidak mahu ada penyatuan dalam kalangan orang Melayu.

Perkara ini turut sama mendapat persetujuan daripada penganalisis politik yang melihat penyatuan parti Melayu ini bakal memberi keuntungan kepada negara kerana kesepakatan yang berlaku.

Hamdan Taha berkata, pemimpin perlu mengetepikan segala perbezaan di dalam politik malah mereka seharusnya meletakkan kepentingan rakyat di atas.

Menurutnya perkara ini bukanlah satu omongan kosong, tetapi adalah satu jalan penyelesaian demi memberi gambaran bahawa kerajaan campuran perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin

Kerana dikhuatiri ianya akan memberi peluang kepada pihak lain untuk mendominasi kerajaan, katanya.

“Saya hendak menuntut semua parti di negara ini ada dalam kerajaan, itu sahaja yang saya minta,” katanya.

Menurut Hamdan lagi, sekiranya pertelingkahan dalam kalangan parti Melayu ini secara berterusan ianya tidak memberi keuntungan kepada sesiapa.

“Dengan krisis politik hari ini… apa hal kita ini asyik gaduh sahaja, rosak rakyat…ekonomi tak boleh naik , macam mana hendak dipulihkan.

“Sebab itulah perlu ada gabungan ada UMNO, PAS dan Bersatu..kita jadi macam Indonesia, semua menjadi kerajaan,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Haziq dan Azmin : Honeymoon Pakatan Harapan‘di studio Nothing To Hide, baru-baru ini.

Bekas pengerusi timbalan pengarah pilihan raya PKR itu berkata, sekiranya pemimpin Melayu tidak menurunkan ego dan masih dengan sikap yang lama perkara ini tidak akan dicapai.

Tegas Hamdan, mereka perlu bersatu, duduk semeja malah perlu melalui proses perbincangan berkenaan sebarang langkah kehadapan yang memberi keuntungan kepada negara, khususnya orang Melayu. – NTHQiBord, 21 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.