NADA-NADA pembentukan Kerajaan Melayu seolah-olah sudah bersahutan.

Cetusan idea penubuhan Kerajaan Melayu seperti disuarakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah kini bergema di Muktamar Tahunan PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri seolah-oleh memberi petunjuk bahawa usaha pembentukan Kerajaan Melayu perlu direalisasikan.

Petunjuk itu dapat dilihat dalam lima syarat PAS bagi menjalin hubungan politik dengan mana-mana pihak.

Pertama, kerjasama yang menguntungkan Islam, negara dan bangsa.

Syarat ini dilihat menjadi teras menunjukkan PAS mahu semua parti dan badan bukan kerajaan yang berasaskan Islam dan Melayu membuang ego masing-masing demi Islam, negara dan bangsa.

Kedua, kerjasama yang mendahulukan perpaduan di kalangan umat Islam.

Melayu sinonim dengan Islam dan begitu juga sebaliknya. Majoritinya di negara ini juga adalah Melayu.

Mesej Hadi itu jelas mempromosikan perpaduan dalam kalangan Melayu Islam terutamanya para pemimpin bangsa itu.

Ketiga, kerjasama yang mempertahankan perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi seperti memberi mesej bahawa kerjasama parti Melayu ini tidak harus meminggirkan kaum lain.

Keempat, kerjasama yang menunjukkan nilai akhlak dan integriti yang tinggi.

Soal rasuah dan moral yang berlaku dalam segelintir pemimpin parti harus ditolak bagi menjayakan agenda pembentukan Kerajaan Melayu.

Akhlak dan intergriti sangat penting demi memastikan mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk tempoh jangka panjang.

Terakhir, kerjasama yang saling menghormati, saling membantu dan tidak memusuhi.

Sikap hasad dan dengki adalah paling sukar dikikis dalam diri. Begitu juga soal ego dan sifat pentingkan diri.

Jadi tidak hairan jika Abdul Hadi mahu pemimpin Melayu menghakis sifat-sifat buruk itu bagi mencapai objektif yang sebenar.

Selain lima syarat itu, Abdul Hadi juga seolah-olah memberi mesej jelas bahawa Melayu perlu menolak DAP yang terkenal dengan sikap fanatik perkauman (cauvanis).

Ini kerana DAP amat dikenali dengan sikap negatif terhadap umat Islam, tidak mengenang budi, menjaga kepentingan kaumnya sahaja tanpa peduli hubungan kaum yang mesti dipelihara dengan saksama.

Jika mesej yang disampaikan Abdul Hadi itu sejajar dengan pemikiran Azwanddin, ini merupakan satu petanda positif dalam menjayakan agenda Kerajaan Melayu.

Namun apa yang lebih penting adalah penerimaan pemimpin-pemimpin Melayu lain terhadap konsep pembentuk Kerajaan Melayu dalam menjamin masa depan negara, bangsa dan agama.

Semoga usaha pembentukan Kerajaan Melayu ini tercapai hendaknya. – NTHQiBord, 21 Jun 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.