JAMINAN Tun Dr Mahathir Mohamed untuk melepaskan jawatan setelah isu hutang negara selesai mencetuskan pelbagai tanda tanya, sama ada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang cerah untuk mengambil alih jawatan daripada beliau dalam tempoh setahun lagi sebagaimana yang dijanjikan!

Isu persoalan tentang HUTANG NEGARA seperti berikut perlu segera dijawab:

1. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun dua ini, sedangkan fakta menunjukkan hakikatnya dalam tempoh setahun PH berkuasa hutang negara bertambah sebanyak RM100 bilion?

2. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun, sedangkan tidak nampak hutang negara bakal dikurangkan, malah Kerajaan PH makin kuat berusaha meminjam termasuk bon Samurai dari negara Jepun dan bon Panda dari negara China? (Tempoh pembayaran balik hutang melalui bon Samurai pun 10 tahun)

3. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun ini, sedangkan pertumbuhan ekonomi negara di bawah PH juga nampak semakin lemah manakala dana-dana seperti Petronas, Khazanah dan Tabung Haji terus menyusut?

4. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun lagi, sedangkan di bawah kerajaan PH hari ini indeks Bursa Saham Malaysia masih belum nampak tanda-tanda pemulihan besar setelah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 sebelum memulih sedikit ke 1,640 hari ini? (Bursa Malaysia juga dikenali kini sebagai bursa saham paling corot dalam dunia)

5. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun lagi, sedangkan pendapatan negara makin merosot, bahkan negara merekodkan pengeluaran dana asing bersih (net outflow) sebanyak – USD 4.06 billion atau RM 16.72 billion dari 1 Jan 2018 sehingga 14 Jun 2019 (MIDF, 2019)?

6. Apakah benar hutang negara mampu diselesaikan dalam tempoh setahun lagi, sedangkan Perbendaharaan Negara terpaksa berhadapan dengan kelompongan berjumlah RM20 billion setahun dengan pemansuhan cukai GST manakala pengenalan semula cukai SST dan cukai-cukai lain seperti cukai soda masih gagal menampung defisit perbelanjaan negara?

Dengan pelbagai persoalan berkaitan hutang negara di atas, rakyat tentunya tertanya-tanya sama ada peralihan kuasa akan benar-benar berlaku sebagaimana yang dijanjikan ataupun sebaliknya!

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia – 22 Jun 2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.