SIFAT PAS yang terbuka dan tidak mensyaratkan parti itu mesti menjadi ketua dalam gabungan perpaduan ummah menunjukkan sifat matang dan berjiwa besar.

Bagi PAS, ketua dalam gabungan itu tidak semestinya dari PAS atau UMNO, malah boleh sahaja dari pihak ketiga asalkan berkepemimpin Islam.

“Keputusan Ustaz Hadi (Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dan keputusan parti memperlihatkan kematangan PAS. Dalam gabungan PAS dan UMNO ini tidak boleh sebut siapa mengetuai siapa.”

“Kedua-duanya mesti ‘menang’. Jika dinyatakan siapa akan jadi ketua, dibimbangi akan menyebabkan perbalahanan ahli di peringkat bawahan.”

“Gabungan ini umpama syarikat yang dimiliki sama banyak sahamnya, tiada sesiapa yang pegang majorti. Jika itu asasnnya, saya percaya gabungan ini boleh pergi jauh,” ujar Hamdan Taha seorang penganalisis politik ketika dihubungi.

Jawapan ini diberikan oleh presiden PAS sebagai mengulas saranan perwakilan Kedah, Nasrun Othman sebelum ini mahu PAS menjadi ketua dalam kerjasama PAS dan UMNO.

Bagi Hamdan, yang dilakukan oleh PAS adalah betul kerana membawa perkara gabungan ini ke dalam muktamar.

UMNO juga mesti membawa perkara yang sama ke dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

Apabila perkara gabungan ini dibawa ke muktamar dan perhimpunan agung dan seterusnya mendapat mandat daripada ahli kedua-dua parti Islam, Melayu, dan Bumiputera terbesar, ia sesuatu yang menakut kerajaan DAP-PH, kata Hamdan.

Hamdan turut bersetuju apabila dikatakan kenyataan Abdul Hadi dan apa yang berlaku di muktamar itu menggambarkan gabungan ini tidak meletakkan jawatan itu sebagai tujuan utama, tetapi yang lebih penting ialah kesatuan ummah itu sendiri.

“Ustaz Hadi dan PAS lalui banyak pengalaman dalam pelbagai gabungan. Daripada Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat.”

“Saya percaya kenyataan PAS itu berdasarkan apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini. DAP dilihat ‘bos’ dalam PH.”

“Berbanding gabungan PAS dan UMNO yang mempunyai matlamat yang sama. Tidak timbul isu kaum mana yang dominan.” Kata Hamdan lagi.

Kenyataan Abdul Hadi itu amat tepat dan mematikan keresahan semua pihak dalam gabungan.

Sebelum itu, dalam ucapan dasarnya semalam, Presiden PAS telah menyatakan lima syarat asas gabungan yang dinamakan Piagam Muafakat Politik.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, memberitahu bahawa Jawatankuasa Pemandu UMNO dan PAS akan bermesyuarat pada 12 Julai ini bagi membentangkan hasil kajian Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti.

Mohamad ditemui ketika hadir dalam Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan semalam. – NTHQiBORD 22 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.