DATUK Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba bermuka-muka lagi apabila kononnya mempertahankan tindakan timbalan presidennya.

Perkara ini adalah berkenaan Datuk Seri Azmin Ali yang duduk semeja bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara, Tommy Thomas di rumah terbuka Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, baru-baru ini.

Media bertanya kepada presiden PKR itu sama ada siasatan kes video songsang yang mengaitkan individu mirip Azmin Ali akan terganggu.

Namun Anwar dengan sinisnya berkata tidak menjadi masalah untuk Azmin duduk semeja dengan Abdul Hamid Bador dan Tommy Thomas memandangkan ianya adalah majlis rasmi.

“Bagi saya tidak ada masalah bangkitkan soal Azmin duduk semeja, itu majlis rasmi dan saya tidak fikir itu masalah.

“Saya masih percaya kepada profesional dan integriti polis untuk buat siasatan tanpa dipengaruhi,” katanya.

Kalau benar pun majlis rasmi yang turut dihadiri oleh menteri Kabinet lain, Azmin patut duduk berasingan dengan ketua penguatkuasa berkenaan.

Akan tetapi tidakkah Anwar berasa khuatir bahawa perjalanan siasatan kes video songsang ini akan terganggu.

Mana tidaknya, semua tahu mahu Azmin adalah saingan besarnya untuk menjadi perdana menteri.

Jadi sekiranya Azmin didapati terlibat dengan salah laku tidak bermoral ini sudah tentu masa depan bekas menteri besar Selangor itu di dalam arena politik akan gelap.

Sudah tentu Anwar adalah orang yang paling gembira dengan perkara ini.

Cakap-cakap dalam kalangan orang politik juga mengaitkan Anwar sebagai dalang utama dalam penyebaran video songsang itu.

Jika perkara ini adalah benar, jadi bermakna sah-sahlah dia mahu menjatuhkan Azmin.

Tapi Azmin pula boleh duduk semeja dengan orang besar daripada pihak berkuasa yang sedang menyiasat perkara ini.

Perkara ini turut mendapat pertikaian daripada netizen yang turut mengkritik perkara ini.

Namun sudah tentu, antara orang yang paling bimbang dengan perkara adalah Anwar.

Nampak sahaja macam bertenangkan, tapi dalam hati tengah bergelora. – NTHQiBord, 23 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.