DATUK Seri Anwar Ibrahim nampak sangat makin rakus dalam tindak tanduknya kebelakangan ini.

Dia ketika ini sememangnya secara jelas menunjukkan sikap sebenar dirinya yang sudah tidak sabar lagi mahu menjadi perdana menteri.

Mana tidaknya, di dalam memastikan jawatan itu beralih ke tangannya, dia akan menjaga segala kepentingan puaknya dalam Pakatan Harapan, terutama DAP.

Iya la, sekiranya bangsa DAP ini tidak restu dengan tindak-tanduknya, sudah tentu sekali Anwar akan terlepas peluang lagi untuk berada di kerusi nombor satu kerajaan itu.

Baru-baru presiden PKR itu sekali lagi tunjuk taring sebenar dia.

Katanya dia tidak bersetuju dengan saranan Naib Ketua Muslimat PAS Salamiah Md Nor yang mencadangkan agar kerajaan memansuhkan sekolah vernakular.

Menurut Salamiah, melalui sekolah pelbagai aliran ini ianya akan menyekat perpaduan dalam kalangan rakyat, khususnya kepada pelajar sekolah.

Malah katanya sekiranya sekolah jenis kebangsaan ini diteruskan, ianya secara tidak langsung merendahkan bahasa Melayu.

Namun begitu, sebaik ditanya media berkenaan perkara tersebut Ahli Parlimen Port Dickson itu terus secara lantang mengatakan bahawa tidak bersetuju dengan perkara berkenaan.

Agak menghairankan kenyataan daripada Anwar ini. Adakah dia tidak menerima cadangan berkenaan disebabkan ianya datang daripada pembangkang?

Atau adakah dia mahu menjaga hati puak-puaknya di dalam PH, terutama DAP?

Antara alasan yang dia berikan adalah negara tidak akan maju sekiranya hanya mengutamakan bahasa Melayu.

Sebenarnya, ianya bukanlah sebab utama kepada penolakan Anwar terhadap cadangan pemansuhan sekolah vernakular ini.

Semua ini adalah berkaitan dengan perangai dia yang ketika ini seperti diibarat lembu yang dicucuk hidung oleh puak DAP.

Belum jadi perdana menteri lagi, bermacam bantahan yang membela DAP disuarakannya.

Padahal memansuhkan sekolah jenis kebangsaan ini bertujuan memastikan pelbagai bangsa dan agama ini bersatu.

Terutama dalam kalangan pelajar. Ianya dapat melatih mereka ini untuk duduk dalam satu keadaan harmoni, tanpa menilai warna kulit.

Tapi nampak sangat Anwar terpaksa untuk menjaga hati bangsa DAP ini, jadi dia sebagai calon perdana menteri terpaksa jadi hero.

Politikkan semua perkara ini semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Sambil keluarkan alasan tidak munasabah untuk kukuhkan hujah, sapa tidak kenal Anwar dengan sifat lidah bercabangnya itu. – NTHQiBord, 23 Jun, 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.