HARI ini DAP Perak membuat laporan polis berhubung ucapan daripada pemimpin PAS yang menggesa kerajaan menghapuskan sekolah vernakular.

Laporan itu diambil kerana merasa terancam dengan kenyataan wakil Dewan Muslimat Pas  pada muktamar tahunan parti itu kali ke-65 di Kuantan, Pahang semalam.

Malah kata Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin ucapan oleh Salamiah Md Nor  adalah tidak wajar.

“Pihak polis diminta mengambil tindakan dengan menyiasat sama ada ucapan yang dibuat oleh Perwakilan Muslimat PAS itu telah melanggar Perlembagaan Persekutuan fasal 152 (1)(a) dan fasal 152 (1)(b),” katanya.

Tapi Bangsa DAP ini tidak sedar diri.

Sebagai warganegara Malaysia mereka tidak merujuk kepada asas-asas yang di dalam Perlembagaan.

Perkara 152 secara jelas hanya membenarkan belajar dan mengajar dalam bahasa ibunda kaum-kaum lain tetapi tidak sampai kepada penubuhan sekolah jenis kebangsaan.

Perkara ini sudah dijelaskan secara terperinci oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah pada suatu ketika dahulu.

“Menurut Perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini ‘sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan’.

“Saya guna istilah ‘hapuskan’ oleh kerana Perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan.

“Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

“Di sana (sekolah kebangsaan), semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama.

“Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan,” katanya pada berucap di wacana yang berlangsung pada 2013.

Namun disebabkan budi bicara pentadbiran terdahulu, akhirnya tertubuhnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini.

Namun puak DAP ini tidak bersyukur, keadaan mereka ketika ini amat sesuai sekali dengan pepatah beri betis hendak peha.

Bila disuarakan oleh pihak tertentu berkenaan pemansuhan sekolah vernakular di sekolah ini, mulalah puak-puak ini akan jadi cacing kepanasan.

Tapi kalau ada pihak yang suarakan untuk menutup sekolah tahfiz dan sekolah agama, kaum mereka inilah yang akan kehadapan sekali untuk memberi sokongan.

Ini belum masuk lagi berkenaan program Matrikulasi dan kemasukan ke IPTA, macam-macam lagi yang diminta oleh puak DAP ini. – NTHQiBord, 23 Jun, 2019.

1 COMMENT

  1. Disokong penuh…Dengan adanya hanya satu aliran sekolah seperti dinegara-negara lain didunia ini barulah konsep perpaduan sebenar dapat diterapkan dan tidak akan timbul isu-isu perkauman seperti pengiktirafan UEC sebab ia tidak relevan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.