HAZIQ Aziz semakin bertegas menunjukkan bahawa dia juga adalah mangsa konspirasi berkenaan video songsang yang tular baru-baru ini.

Terbaharu Haziq mencabar Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya sekiranya perkara ini adalah fitnah.

Nampaknya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu semakin berani mempertahankan dakwaannya sebelum ini yang mengaitkan menteri hal ehwal ekonomi itu.

Jika difikirkan, Haziq ketika ini berseorangan mempertahankan maruahnya tanpa dibantu oleh mana-mana orang politik termasuk di dalam PKR sendiri.

Namun sekiranya dinilai kembali, Haziq adalah anak muda biasa yang aktif di dalam politik dan berjawatan di peringkat cabang.

Dia bukanlah sesiapa yang mempunyai keberanian luar biasa.

Sehinggakan Haziq ketika ini dikatakan berhadapan dengan keseluruhan pemimpin PKR yang sekarang ini menyokong menteri kanan itu.

Jadi persoalannya adalah bagaimana Haziq boleh seberani ini malah berseorangan ‘melawan’ seorang ahli politik yang berprofil tinggi seperti Azmin?

Ternyata ada pihak yang berada di belakang Haziq yang membuat percaturan ini, hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

Haziq dengan beraninya berkata Azmin perlu melakukan laporan polis secara sendiri tanpa membabitkan mana-mana pegawainya.

“Dia mesti melakukannya sendiri. Biarkan semua bukti dan butiran terbuka,” katanya.

Malah Haziq turut meluahkan rasa kesalnya apabila Azmin seolah-olah menuduh dirinya itu membuat fitnah bekas menteri besar Selangor itu.

“Malah, saya menjadi mangsa keadaan. Jika saya memfitnahnya, dia mempunyai hak untuk mendakwa saya di mahkamah.

“Pada mulanya saya tidak ada apa-apa untuk menentang Azmin kerana saya fikir kami berdua menjadi mangsa dalam kes itu.

“Saya terkejut apabila Hilman cuba mendiamkan saya dan Azmin menuduh saya diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Saya tidak pernah mengatakan apa-apa yang buruk tentang Azmin. Dia harus membuat laporan polis dan mendakwa saya jika saya memfitnahnya,” jelasnya.

Nampaknya, drama berkenaan video ini terus berlaku. Haziq meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan Azmin.

Manakala Azmin pula ketika ini berdolak dalik mencari siapa dalang disebalik penyebaran video terbabit.

Namun begitu, perkara ini sekiranya dilihat kembali memang ada pihak lain di belakang Haziq yang membantunya.

Jika tidak mana mungkin anak muda seperti Haziq ini berani bertindak sejauh ini. – NTHQiBord, 23 Jun, 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.