PENYATUAN di antara UMNO dan PAS ketika ini adalah satu strategi yang bakal membawa kepada satu kebangkitan yang besar kepada orang Melayu dan Islam khususnya.

Keadaan ini sebenarnya akan membuka mata pemimpin politik daripada parti lain untuk bersama dengan kerjasama ini.

Perkara ini turut mendapat persetujuan daripada timbalan ketua UMNO bahagian Setiawangsa yang melihat penyatuan ini adalah sebagai satu langkah permulaan.

Menurut Datuk Mohd Irwan Rizal, adalah tidak menghairankan apabila satu hari ini ianya akan turut disertai parti Melayu yang lainnya, antaranya Bersatu.

“Kita nampk penyatuan ummah ini secara asasnya bermula dengan kerjasama PAS dan UMNO.

“Ini merupakan titik permulaan..kerana pengakhirannya kita mahukan penyatuan ummah ini melibatkan orang Melayu tanpa mengira parti politik ataupun idelogi.

“Kerana ianya (penyatuan) adalah agenda yang lebih besar.

“Secara logik akalnya apabila bercakap tentang penyatuan ummah ini orang Melayu dan Islam harus bersatu.

“Kerana objektif lebih besar…. kita harus lihat ianya bukan sekadar keinginan di dalam politik tetapi berbalik kepada agama islam, yang mengajar kita untuk bersatu,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Tambah Mohd Irwan sekiranya mahu perkara ini direalisasikan, pemimpin sepatutnya memainkan peranan yang utama.

Mereka harus berpandangan jauh sambil mengenepikan kepentingan agenda masing-masing, katanya.

Menurutnya sekiranya pemimpin bersifat ego ianya akan merugikan masa depan parti serta rakyat yang menantikan penyatuan pertama di antara parti politik Melayu.

“Semua manusia ada ego, apatah lagi mereka sebelum ini memang memegang jawatan yang tinggi sebelum ini.

“Jadi mereka perlu muhasabah diri kerana kita tidak boleh membelakangi rakyat sebab kita ada objektif yang lebih besar.

“Kalau pentingkan diri sendiri banyak kerugian yang akan berlaku, ..bukan hanya khusus kepada UMNO sahaja atau pun PAS.

“Akan tetapi mana-mana pemimpin Melayu perlu muhasabah diri, sanggup berkorban kerana rakyat…kerana umat Islam mahu bersatu,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Sementara itu beliau turut membidas pihak yang memberi tanggapan negatif berkenaan penyatuan ummah ini.

Menurutnya perkara ini sengaja dimomokkan oleh mereka yang khuatir dengan terbentuknya kerjasama antara parti-parti Melayu. – NTHQiBord, 23 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.