TAN SRI Muhyiddin Yassin keluar UMNO pada 2016.

Sebelum keluar parti, Muhyiddin adalah Timbalan Pengerusi UMNO Johor.

Skandal 1MDB pula bermula pada 2011.

Kelmarin, ketua baru SPRM, Latheefa Koya mengeluarkan senarai 41 nama individu dan entiti yang menerima wang daripada 1MDB.

Berdasarkan jumlah RM265 juta yang disenaraikan, UMNO sahaja menerima RM122 juta.

Antaranya termasuk UMNO Johor yang menerima wang sebanyak RM677,872.

Bagaimanapun seperti didedahkan penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin, senarai itu tidak lengkap.

Beliau mendakwa sepatutnya ada 100 nama dalam senarai itu tetapi telah dikurangkan kerana ada individu yang sepatutnya dalam senarai itu sudah menyertai Pakatan Harapan.

Antaranya, termasuk Muhyiddin yang kini merupakan Presiden Bersatu.

Menurut Raja Petra, jumlah yang diberikan kepada tiga UMNO Negeri iaitu Johor, Sabah dan Kedah adalah sebanyak RM50 juta, bukan jumlah yang dinyatakan SPRM.

Katanya, di peringkat Johor, wang tersebut diberikan kepada Muhyiddin.

Jadi jika diikutkan garis masa, Muhyiddin masih lagi bersama UMNO ketika parti itu menerima wang 1MDB.

Kenapa Latheefa tidak menyenaraikan Muhyiddin sekali sebagai penerima dana tersebut?

Walaupun sudah menyertai parti lain, ini tidak bermaksud Muhyiddin boleh terlepas begitu sahaja?

Mungkin sebab itu Latheefa awal-awal memberitahu bahawa tiada tindakan diambil jika pihak yang terbabit memberi kerjasama kepada SPRM.

Adakah ini cara Latheefa untuk melepaskan Muhyiddin dan beberapa individu lain disebut Raja Petra yang didakwa turut menerima wang 1MDB?

Rakyat sebelum ini menggesa Latheefa untuk telus dalam siasatan itu dan tidak terpengaruh dengan agenda politik.

Nampaknya, tiada bezanya. Malaysia baru masih lagi Malaysia lama. – NTHQiBord, 23 Jun 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.