ZURAIDA Kamaruddin dikritik hebat oleh pemimpin muda di dalam PKR.

Perkara ini adalah ekoran naib presiden parti itu dikatakan bersikap terlalu emosi di dalam memberi kenyataan berkenaan video songsang yang melibatkan parti itu.

Ahmad Syukri Che Ab  Razab berkata Zuraida berpengalaman luas di dalam politik terutama dalam selok belok parti itu, namun pemimpin tersebut tidak menunjukkan ciri-ciri berkenaan.

“Jangan kerana terlalu mengikut emosi dan kepala sendiri, Zuraida sanggup melupakan prinsip asas ini,” katanya.

Menurut Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu sebagai pemimpin senior, Ahli Parlimen Ampang itu sepatutnya lebih arif mengenai tatacara PKR mengurus setiap tindakan dan keputusan.

Malah Ahmad Syukri berkata sepatutnya pemimpin tersebut seolah-olah memberi gambaran buruk kepada PKR mengenai tindakan parti itu terhadap Haziq Aziz.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan parti seolah-olah tidak bertindak sedangkan tindakan telah pun dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata dia akan memecat Haziq sekiranya dia adalah presiden parti.

“Nasib baik bukan saya jadi presiden, kalau saya presiden saya dah pecat dah (Haziq).

“Sebab saya memang tegas kata suruh pecat (Haziq), tapi parti nak ikut proses, biarlah dia ikut proses,” katanya

Haziq Aziz adalah individu yang mengakui bahawa dia adalah pelaku hubungan songsang bersama lelaki yang dikatakan mirip kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Ketua AMK Santubong itu bagaimanapun hanya perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari seperti yang dikemukakan oleh parti itu, baru-baru ini. – NTHQiBord, 24 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.