KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) akan memberikan elaun sebanyak RM5,000 kepada tujuh sasterawan negara bermula daripada bulan ini.

Lim Guan Eng kononnya berkata bahawa peruntukan ini diberikan kepada mereka bertujuan menghargai jasa mereka kepada negara.

Menurut Menteri Kewangan, ianya adalah simbolik penghargaan daripada kerajaan terhadap mereka.

Tujuh sasterawan itu adalah Datuk Seri Dr A Samad Said, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr Baharuddin Zainal dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Bukankah pada ketika ini kerajan DAP-PH dalam proses berjimat-cermat kerana kononnya dibebani hutang yang besar.

Tapi tiba-tiba ada pula elaun khas kepada sasterawan terbabit.

Katanya elaun tersebut adalah penghargaan kepada negarawan tapi mungkin ini cara PH mahu sasterawan ini tutup mulut daripada mengkritik kerajaan.

Kalau tidak diberi ‘imbuhan’, mungkin bimbang pula mereka ini bercakap yang bukan-bukan perihal kerajaan.

Namun yang peliknya, apa sangat jasa mereka ini kepada negara?

Adakah sasterawan ini membantu sangat kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan?

Walhal jika dilihat sejak PH jadi kerajaan, isu bahasa kebangsaan semakin menjadi pertikaian.

Sebagai contoh isu penggunaan bahasa Mandarin di surat rasmi kerajaan, papan tanda dan iklan.

Mana suara sasterawan ini ketika bahasa lain diangkat dan bahasa Melayu dipinggirkan? – NTHQiBord, 24 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.