PARTI Putra menempelak kenyataan naib pengerusi DAP Perak yang mengatakan bahawa pemansuhan sekolah vernakular adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Menerusi kenyataan media oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, beliau mengatakan bahawa Abdul Aziz Bari tidak membuat sebarang rujukan terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan.

Pengerusi biro undang-undang Putra itu berkata, Abdul Aziz malah sekadar mengeluarkan pendapatnya berdasarkan faktor sejarah, yang merujuk kepada sekolah vernakular yang sudah wujud sejak 60 tahun yang lalu.

“Hujahan Aziz Bari yang bersandarkan fakta sejarah semata-mata tidak boleh menafikan fakta Perlembagaan bahawa satu ‘institusi yang Haram di sisi Perlembagaan’ telah  di tubuhkan

“Dibiaya oleh kerajaan Malaysia sejak 60 tahun dahulu dan sesuatu institusi yang bertaraf haram 60 tahun lalu.

“Tidak perlu di teruskan keharamannya untuk 60 tahun akan datang,” katanya memetik kenyataan akhbar.

Sementara itu, Putra juga turut bersetuju dengan desakan daripada muslimat PAS yang menggesa kerajaan menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.

“Putra juga menyokong desakan wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md Noor yang menggesa kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan system pendidikan vernakular kerana ianya tidak menyumbang kepada perpaduan kaum,” ujarnya.

Semalam, Abdul Aziz menerusi laporan media berkata desakan untuk memansuhkan sekolah jenis kebangsaan di negera ini adalah berlawanan dengan prinsip Perlembagaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu lagi Perlembagaan juga membenarkan pembelajaran selain daripada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Saya melihat cadangan itu menampakkan kejahilan selain sikap ekstrem yang menunjukkan kecenderungan nasionalisme sempit dalam Pas itu sendiri di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Institusi sekolah Cina dan Tamil ini telah wujud lebih daripada 60 tahun, jadi untuk memansuhkan sesuatu yang kita boleh sifatkan sebagai identiti dan budaya, ia suatu perkara yang tidak masuk akal,” katanya.

Tindakan Abdul Aziz itu adalah sebagai respon beliau terhadap wakil daripasa Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md Nor dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Kuantan baru-baru ini yang mendesak kerajaan untuk menhapuskan sekolah jenis kebangsaan. – NTHQiBord, 24 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.