UNTUK kali ke 100 dalam tempoh sebulan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi  ‘mengingatkan’ perdana menteri supaya menunaikan janji.

Janji itu semestinya berkenaan peralihan kuasa jawatan nombor satu negara yang kononnya akan diberikan kepadanya.

Anwar ini masih dengan sikapnya yang ‘syok sendiri’ bahawa dia yang akan menggantikan Tun Mahathir Mohamad.

Malah presiden PKR itu dengan yakinnya berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perdana menteri.

Namun baru-baru Tun Mahathir pada sesi wawancaranya dengan wartawan CNBC di Bangkok berkata beliau akan terus memegang jawatan tersebut sehingga tiga tahun.

Kemudian, barulah beliau akan menyerahkan tugasnya kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Anwar ketika ditanya media berkenaan itu, dengan rakusnya berkata dia akan berjumpa dengan Tun Mahathir untuk mendapatkan kepastian berkenaan peralihan kuasa terbabit.

Dia turut memaklumkan bahawa mereka berdua selalunya akan berjumpa pada setiap minggu.

“Saya akan bertemu Perdana Menteri sebentar lagi untuk mendapatkan lebih kepastian, malah kami juga berjumpa setiap minggu.

“Soal tarikh dan sebagainya itu di antara kami dan kita harus beri ruang, siapa saja Perdana Menteri harus diberi ruang untuk mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu mengenai jadual peletakan jawatan.

“Saya faham itu dan Dr Mahathir juga faham, bagi saya dan Dr Mahathir, isu ini sudah selesai,” katanya.

Anwar ini sudah berkali-kali bercakap mengenai peralihan kuasa ini, yang peliknya tidak malukah dia dengan rakyat.

Tidak habis-habis dengan kenyataan berkenaan ini..tajuk yang sama, berkenaan isu yang sama, rakyat pun sudah makin muak.

Mana tidaknya dibuatnya Tun Mahathir bagi kepada orang lain, baru dia tahu langit tinggi ke rendah.

Agaknya, di dalam pertemuan antara mereka itu sudah tentu Anwar menggunakan cara halus terhadap Ahli Parlimen Langkawi itu untuk menyerahkan jawatan tersebut kepadanya.

Yang pasti sudah tentu Ahli Parlimen Langkawi itu sudah makin naik hairan dengan Anwar ini.

Mana tidaknya tidak habis-habis dengan sikap kemaruk hendak jadi perdana menteri. – NTHQiBord, 24 Jun, 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.