SAYA menyambut baik kenyataan balas Dato’ Seri Mohamad Hasan, pemangku Presiden UMNO terhadap saranan saya agar UMNO memulangkan semula dana yang dikatakan diterima dari 1MDB.

Cadangan tersebut dibuat memandangkan Dato’ Seri Mohamad Hasan mempunyai ketokohan tersendiri dan mengambil peluang keemasan ini untuk meletakkan pemulihan UMNO di landasan terbaik.

Apalah nak dibandingkan dengan saya sebagai seorang anak muda yang baru dalam politik dan hanyalah Ahli Parlimen biasa.

Namun hujah beliau tidak konsisten.

Sebelum ini alasannya adalah wang yang diterima sekiranya benar dari 1MDB telahpun dibelanjakan dan yang tinggal sekarang wang yang ‘bersih’. Sekarang, alasannya dana UMNO telah dibekukan maka tidak boleh dipulangkan balik.

Apakah dalih seterusnya kita pun kurang pasti.

Namun, saya hargai komitmen beliau untuk menghormati proses undang-undang.

Kes 1MDB ini bukan hanya disiasat di Malaysia, tetapi tindakan mahkamah juga diambil di peringkat antarabangsa.

Ketika Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam proses mendapatkan semula aset 1MDB, selebriti seperti Leonardo Di Caprio dan Miranda Kerr telah bertindak memulangkan barang yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB terlebih dahulu.

Mereka tetap beri kerjasama kepada Jabatan Kehakiman untuk memberikan keterangan  dan sebagainya tetapi memilih jalan yang lebih berani untuk membersihkan nama dengan bertindak terlebih dahulu.

Mungkin mereka sedar dana tersebut adalah wang rakyat dan mereka langsung tidak mahu terpalit atau bersubahat walaupun sebagai penerima sumber haram.

Adakah kita boleh mengharapkan integriti dan etika yang sama?

Mungkin kita kena faham bebanan dan cabaran Dato’ Seri Mohamad Hasan untuk memulihkan UMNO.

Walaupun beliau ada potensi, yang lain-lain belum tentu lagi.

Sekiranya kepimpinan beliau masih terus dibayangi oleh pengaruh Dato’ Seri Najib, bagaimana UMNO boleh berubah?

Dato’ Seri Muhamad Hasan mungkin ada ketokohan, tetapi pendekatan jalan selamat akan menyebabkan UMNO akan kekal sama sahaja.

Cuma saya mengharapkan kerajaan akan berjaya mendapatkan balik dana 1MDB dan dipulangkan kembali kepada rakyat Malaysia.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia – 24 Jun 2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Seperti kata pepatah Melayu, semut diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak!!! Walaupun sekiranya betul skandal Najib dan 1MDBnya yang diperkatakan di U.S, secara relatifnya ianya lebih bermoral dan ada “class” berbanding dengan skandal homoseksual antara naib presiden PKR dan pengerudi AMK Suntubong (terdahulu Anwar Ibrahim) yang tidak kurang hebatnya diperkatakan di media antarabangsa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.