CADANGAN kerajaan DAP-PH yang mahu bagi mengambil alih empat konsesi lebuh raya  dengan belanja RM6.2 bilion mengundang persoalan pelbagai pihak termasuk dari penyokong kerajaan sendiri.

Antaranya, Senator Khairul Azwan Harun yang mempersoalkan langkah kerajaan itu dan mendakwa tindakan Kementerian Kewangan hanya memberi ‘manfaat besar’ kepada pemilik konsesi tol yang terlibat.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO itu turut mempertikaikan kenapa pengambilalihan itu melibatkan konsesi yang hampir tamat tempohnya.

“Jadi agak mengelirukan apabila kerajaan menakutkan rakyat dengan mengatakan bahawa mereka mengambil alih konsesi berkenaan bagi menyelamatkan rakyat daripada kenaikan kadar tol,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Bagaimana mengambil alih (LDP) dengan RM2.47 bilion dan RM1.38 bilion (Kesas) dilihat sebagai langkah strategik?

Dua lagi lebuh raya ialah Sprint (RM1.98 bilion), dan SMART (RM369 juta).

“Saya harap Kementerian Kewangan dapat menjelaskan dan menggariskan kos spesifik sehingga menelan kos RM6.2 bilion.

“Bagi memastikan ketelusan, saya harap Kementerian Kewangan boleh menggariskan dengan lebih jelas apa sebenarnya RM6.2 bilion itu, jika bukan untuk mengambil alih konsesi,” katanya.

Orang kuat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin pula meminta kerajaan untuk meneliti cadangan pembelian aset lebuh raya Gamuda Bhd.

“Ada yang mengatakan ia urus niaga menang-menang, ada yang tidak begitu yakin. Ada yang mengatakan adalah lebih murah untuk membayar pampasan kepada Gamuda bagi membeli empat lebuh raya tanpa kutipan tol, yang amaunnya kurang daripada harga pembelian yang dicadangkan.

“Lebuh raya itu akan kembali kepada kerajaan dalam tempoh 10 tahun apabila tempoh konsesi berakhir,” kata Kadir.

Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan telah menyerahkan surat tawaran kepada empat pemegang konsesi tol tersebut dengan nilai sebanyak RM6.2 bilion.

Siapakah pemilik Gamuda dan pihak manakah yang akan mendapat keuntungan daripada pembelian kesemua konsesi ini? Rakyat atau pemilik Gamuda? – 25 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.