HAZIQ Aziz mengakui bahawa dia sudah mula merasakan perasaan luar biasa terhadap Datuk Seri Azmin Ali sejak beberapa tahun lepas selepas kerap berhubung menerusi aplikasi media sosial.

Mengulas mengenai pertemuan pertamanya dengan tokoh politik tersebut , Haziq mendedahkan dia berjumpa dengan Azmin pada tahun 2014.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu, dia pada waktu itu membantu kumpulan Azmin yang bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR.

“Ketika saya membantu pasukan kempennya dalam pilihan raya PKR pada 2014 apabila Azmin mempertahankan jawatan timbalan presidennya menentang Menteri Besar Selangor (pada waktu itu), Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Selepas Azmin menang dan menjadi menteri besar, saya membantunya secara profesional pada mulanya dan kemudian hubungan kami mula menjadi lebih rapat (intim),” ujarnya ketika ditemubual oleh portal berita tempatan.

Menurut Haziq, sejak pemilihan itu mereka kerap berhubung melalui BlackBerry Messenger.

Ulas pemuda itu lagi, dia sering memaklumkan kepada bekas menteri besar Selangor itu mengenai keadaan sebenar diperingkat akar umbi.

“Kami berbincang mengenai pilihan raya parti kerana saya perlu melaporkan kepadanya tentang apa yang berlaku di lapangan.

“Tetapi selepas pemilihan berakhir, kami bercakap tentang perkara-perkara biasa,” ujarnya.

Mengulas lanjut Haziq memaklumkan, Azmin sejak daripada pemilihan itu berkelakuan luar daripada kebiasaan.

Azmin disifatkan mula menunjukkan sikapnya yang menjurus kepada perhubungan homoseksual iaitu sewaktu beliau menjadi menteri besar Selangor, kata Haziq.

“Kemudian saya dapat rasakan beliau seorang homoseksual apabila beliau memberi petunjuk.

“Ia berlaku pada tahun 2016,” ujar bekas setiausaha sulit kepada timbalan menteri industri utama itu.

Sementara itu, Haziq memberikan alasan tertentu berkenaan sikap Azmin yang tidak bersemangat seperti yang ditunjukkan di dalam video berkenaan.

“Kerana Azmin adalah jenis lelaki yang suka dilayan, beliau adalah master.

“Saya rasa itu adalah fetisynya. Beliau seorang tuan politik; beliau adalah orang yang kuat…jadi beliau mahu lelaki itu melakukan (melayan) kepadanya. – NTHQiBord, 25 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.