NASIB orang Melayu nampaknya semakin ditindas di bawah pemerintahan kerajaan Bangsa DAP-Pakatan Harapan (PH).

Terbaru, seorang pengguna Facebook bernama Dato Norhisham M Nor mendedahkan Bangsa DAP semakin berani menekan dan menyingkirkan orang Melayu yang bekerja di Hospital Pakar Putra Melaka.

Dalam coretannya di laman sosial itu, Norhisham berkata, sebanyak 11 staf Melayu di hospital itu berhenti kerja akibat tidak tahan dengan sikap perkauman oleh pihak atasan yang rata-ratanya dikuasai oleh Bangsa DAP.

Mana tidaknya, ketua pegawai eksekutif baharu hospital itu merupakan Ketua Wanita DAP Melaka, Chong May Lee.

Selain Chong, jawatan ketua kewangan hospital itu juga dipegang oleh Bangsa DAP iaitu Tan Sian Wee menggantikan Ahmad Ezzanee yang ditamatkan kontrak.

Norhisham mendakwa Tan merupakan seorang yang kuat memainkan sentimen perkauman.

“Penderaan psikologi kepada pekerja (Melayu) telah berlaku di Hospital Pakar Putra Melaka.

“Sepatutnya Ketua Menteri Melaka (Adly Zahari) perlu pantau perlakuan CEO Putra dan pihak atasan baru yang berkelakuan menindas pekerja dan amat rasis.

“Fikirkanlah juga pampasan kepada staf yang dah berhenti ni, kerana tidak tahan dan tekanan yg melampau lampau sangat. Hospital Pakar Putra merupakan milik kerajaan negeri,” katanya.

Ini bukan kali pertama pihak atasan hospital itu mencetuskan kontroversi.

Tahun lalu, Hospital Pakar Putra itu membangkitkan kemarahan rakyat kerana mengeluarkan iklan yang mengutamakan pemohon berkemahiran Bahasa Mandarin bagi jawatan jururawat terlatih.

Adly bagaimanapun mempertahankan tindakan hospital itu dan meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan. – NTHQiBord, 25 Jun 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.