SALAH siapa?

Guru yang merotan atau murid yang biadap?

Hari ini viral satu video di media sosial tentang kejadian seorang ibu kepada murid datang ‘menyerang’ cikgu kerana marah anaknya dirotan.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, guru lelaki berkenaan dikatakan merotan pelajar itu di bahagian lengan dan peha sehingga meninggalkan kesan.

Kejadian berpunca apabila pelajar itu dikatakan memanggil guru berkenaan dengan panggilan biadap dalam bahasa Mandarin iaitu ‘ah qua lao shi” (cikgu pondan).

Ekoran sikap biadap itu, cikgu berkenaan bertindak tegas merotan pelajar terbabit yang kemudiannya mengadu kepada ibunya.

Namun ramai dalam kalangan netizen yang mempertikai tindakan ibu pelajar yang menyalahkan guru tersebut.

“Dia dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak hentam dia macam ini?

“Jangan ingat kamu cikgu besar….kamu rotan macam ini. Kamu ini cikgu, tak boleh buat macam ini tahu. Kamu memang salah.

“Dia hanya cakap sama kamu sahaja, cakap saja. Dia ada pukul kamu tak? Kalau dia ada pukul kamu…kamu pukul dia tidak apa, jangan macam ini,” kata ibu pelajar tersebut.

Rata-rata netizen berkata pelajar tersebut adalah biadap. Mereka juga menyifatkan bahawa pelajar tersebut ‘naik lemak’ disebabkan ibunya yang terlalu memanjakannya.

Malah ada yang geram dengan tindakan pelajar itu kerana sudah berani menghina cikgu pada usia yang masih mentah.

Perkara ini turut mendapat respon daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mengarahkan siasatan dilakukan dengan selanjutnya.

Beliau meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru untuk diadakan pertemuan dengan ibu bapa berkenaan.

“Saya telah menerima laporan berkenaan kejadian di mana seorang guru telah merotan seorang murid perempuan kerana menegurnya tanpa sebab dengan ayat berbunyi ‘ah qua lao shi’.

“Sehubungan itu, saya mengambil maklum akan kejadian ini dan telah mengarahkan pihak PPD untuk menjalankan siasatan agar keadilan dapat diberikan kepada kedua pihak iaitu guru dan murid terbabit,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berharap warga maya menghentikan penyebaran video tersebut yang memaparkan guru tersebut diserang oleh ibu pelajar.  – NTHQiBord, 25 Jun, 2019.

1 COMMENT

  1. Perangai pelajar ini sama seperti perangai timbalan menteri pendidikan… Memaki dalam bahasa Mandarin dengan harapan guru besar malang tersebut tidak ajan memaham. Sikap tipikal bangsa DAP ini, tidak berani untuk bertanggung jawab. Begitu juga dengan timbalan menteri pendidikan, mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di FB, kemudian dipadamkan. Diharap kesatuan guru kebangsaan, PIBG sekolah dan persatuan alumni sekilah berkenaan berdiri teguh dibelakang guru besar tersebut

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.