SEORANG penduduk Islam mati dibelasah sekumpulan penganut Hindu selepas mangsa dituduh mencuri.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Kharsawan, negeri Jharkhand, India, pada minggu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Tabrez Ansari, 24, pada mulanya ditangkap dan dipukul sekumpulan lelaki sehingga mati.

Kejadian itu turut dirakamkan dan menunjukkan mangsa diikat pada sebatang tiang sebelum dipaksa menyebut ‘Jai Shri Ram’, kata pujian terhadap dewa Hindu.

Seorang suspek sudah ditahan polis dan puluhan lagi lelaki masih diburu.

Menurut ketua polis tempatan, Kartik S, penduduk kampung itu membelasah Ansari hampir 12 jam sebelum mangsa dibawa ke hospital.

Dia bagaimanapun meninggal dunia empat hari selepas dipukul dengan teruk.

Insiden itu berlaku selepas satu laporan kebebasan agama yang disiarkan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan serangan terhadap penduduk Islam semakin meningkat sejak Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa pada 2014.

Penganut Hindu didakwa menyerang penduduk Islam dan Kristian bagi melindungi lembu yang dianggap suci oleh mereka.

Berpuluh-puluh penduduk Islam dibunuh oleh pelampau Hindu sejak lima tahun lalu kerana menyembelih lembu atau memakan daging haiwan itu. – AGENSI, 25 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Apa kurangnya di Malaysia ini. Malah lebih haibat lagi memandangkan agama rasmi negara ini adalah agama Islam dan penduduknya majoriti beragama Islam malahan penganut Hindu adalah minoriti, penjawat awam dibelasah sehingga mati berikutan insiden kuil seafield. Lebih haibat lagi, inkues putar belitkan oleh peguam negara berbangsa india dan tindakan beliau disokong oleh menteri-menteri yang beragama Islam… fikirkan lah, dimana letaknta maruah orang Melayu beragama Islam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.