HARI ini sahabat saya belanja makan di Kuala Lumpur.

Lama dah tak makan nasi ayam di tempat khas, istimewa rasanya.

Dia seorang yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang memiliki konsesi tol.

Dia beri syarahan panjang pada saya tentang cadangan pengambilanalihan konsesi tol oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) . Dia kata RM6.3 bilion yang akan dikeluarkan oleh kerajaan adalah tidak adil kepada 95 peratus rakyat Malaysia.

Sedangkan duit RM6.3 bilion itu hak milik keseluruhan rakyat Malaysia digunakan untuk ambil alih tol yang ada di Lembah Klang.

Yang mendapat manfaat ialah 5 peratus dari keseluruhan rakyat.

Orang Teluk Enson tak untung, orang Pasir Mas pun tak untung, orang Dungun pun tak untuk apatah lagi orang Sarawak dan Sabah.

Sedangkan duit itu dikutip dari hasil negara.

Selepas ambil guna wang RM6.3 bilion duit rakyat nak kena jaga setiap hari, bulan dan tahun lagi, akan melibatkan ratusan juta setahun duit rakyat lagi.

Dan pemilik konsesi memang gelak besar bila kerajaan nak ambil alih dan beli lebuh raya mereka.

Tiga kali untung mereka,untung pertama semasa membina lebuh raya, untung sebagai pemaju dan kontraktor dan untung ratusan juta ,untung dari segi kutipan dah beberapa tahun, lepas kerajaan beli pula.

Senyum dengan lebar mereka meraih untung.

Dan kebanyakan konsesi itu bukan dapat zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Razak tapi zaman Tun Mahathir Mohamad.

Siapa di belakang pemilik konsesi itu. Kita pun tak tahu.

Sahabat saya ni kata adalah lebih baik RM6.3 bilion tu digunakan bantu petani, nelayan atau guna untuk buat sekolah, masjid atau perumahan rakyat.

Itu lebih manafaat kepada rakyat. Ini jika tol percuma, yang untungnya orang yang ada duit di Lembah Klang, terutama Cina yang lebih ramai di bandar dan penguna kereta.

Orang Melayu dan India ramai naik motor dan kenderaan awam.

Jadi dia menentang keras kerajaan ambil alih konsesi tol di sekitar Lembah Klang. – 25 Jun 2019.

HAMDAN TAHA
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.