KERAJAAN dicadangkan untuk meminda undang-undang bagi menyita harta hasil daripada aktiviti rasuah, kata presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW).

Menurut Jais Abdul Karim, penerima rasuah ini walaupun berdepan dengan hukuman namun disebabkan jumlah rasuah yang diterima mereka adalah tinggi maka mereka tidak kisah.

Ini kerana mereka boleh menggunakan harta tersebut selepas dibebaskan, katanya.

Tegas Jais, disebabkan ini kerajaan perlu mengutkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

“Undang-undang sedia ada sudah terbaik tetapi memerlukan penambahbaikan.

“Sebagai contoh individu yang ambil rasuah, mereka boleh kata kalau ambil rasuah dan hantar ke luar negara.

“Walaupun dikenakan hukuman penjara dua atau tiga tahun, selepas bebas mereka boleh ke luar negara untuk guna wang berkenaan.

“Sekarang ini kita tidak ada undang-undang yang boleh menyita harta sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

Sementara itu, Jais berkata kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang berkenaan individu yang dikenakan hukuman disebabkan menerima rasuah melebihi RM100,000 untuk dibatalkan pasportnya.

Melalui ini pesalah tidak dibenarkan pergi ke luar negara untuk selama-lamanya.

Tambahnya, undang-undang sebegini juga mestilah melibatkan ahli keluarga penerima rasuah.

“Begitu juga dengan ahli keluarga mereka. Jadi biarlah harta yang berada di luar negara itu menjadi harta berhantu.

“Dua pindaan undang-undang ini sangat penting untuk dilaksanakan di negara ini,” katanya. – 26 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.