PAKATAN Harapan (PH) memang terkenal dengan dasar penjenamaan semula atau ‘rebranding’ usaha-usaha kerajaan terdahulu.

Lihat saja bagaimana mereka menukar BR1M menjadi BSH, Klinik 1Malaysia jadi Klinik Komuniti dan bermacam lagi.

Mungkin itu juga usaha mereka cuba lakukan dalam pejabat-pejabat kementerian.

Sebagai contoh, Kementerian Kewangan Malaysia yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen mempersoalkan cara hiasan dalaman kementerian itu yang dilihat ala-ala Kementerian Kewangan Taiwan kerana digantung kain rentang tulisan Cina.

Ini susulan gambar pertemuan antara Guan Eng dan Presiden Operasi Asia Pasifik, Microsoft Corporation, Andrea Della Mattea di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia yang mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan netizen terhadap cara hiasan di pejabat kerajaan itu,

Antara sindiran yang disuarakan oleh netizen adalah;

Ini Kementerian Kewangan Malaysia atau Kementerian Kewangan Taiwan?”– Ramlan Shoffi

Guan Eng sila buang tulisan lain selain dari tulisan kebangsaan Malaysia!” – Mohd Zulhelmi

Please remove your language in ministry..your language  do not deserve to be there…” – Kekanda Rudy

Lazimnya, dekorasi pejabat kerajaan di Malaysia memaparkan suasana yang ringkas dan sesuai untuk kepelbagaian majmuk sejak dahulu tidak kira menterinya berbangsa Melayu, Cina atau India.

Apatah lagi kunjungan itu berlaku pada bulan Syawal iaitu ketika umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri.

Namun selempang kain merah yang digantung di pejabat kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia itu nyata memberi kegusaran banyak pihak yang tidak mahu budaya setempat dihapuskan selepas kementerian itu dikuasai politikus kiasu Bangsa DAP. – NTHQiBord, 25 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.