KERJASAMA PAS-UMNO menakutkan Pakatan Harapan (PH). Itu gambaran yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar yakin kerjasama dua parti Melayu itu mampu memberi kesan kepada lebih 20 kerusi yang dimenang PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sebabnya, pada PRU14, 20 kerusi tersebut dimenangi PH kerana berlaku perebutan tiga penjuru antara PAS, UMNO dan PH.

Sebab itu juga, Mohd Amar percaya kedudukan 20 kerusi itu mampu digugat apabila UMNO dan PAS bergabung pada PRU15 nanti.

Tapi cuba bayangkan jika semua parti Melayu bergabung seperti disuarakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah baru-baru ini.

Bukan saja 20 kerusi, tapi lebih daripada itu mampu dimiliki oleh parti-parti Melayu jika bergabung.

Paling penting, gabungan semua parti-parti Melayu dapat mengelak dominasi Bangsa DAP dalam Parlimen kerana cara pemerintahan parti chauvinis itu semakin hari semakin meresahkan rakyat.

Tiada yang mustahil untuk realisasikan gabungan parti-parti Melayu ini asalkan semua pemimpin parti sanggup buang keegoan masing-masing dan mula duduk berbincang demi masa depan Melayu sendiri.

Bagi mereka yang sudah menjadi ‘barua’ DAP kerana dibayar atau disogok dengan wang seperti didedahkan Azwanddin, eloklah kembali ke perjuangan sebenar demi bangsa sendiri.

Jika UMNO dan PAS boleh bersama-sama demi bangsa dan agama, kenapa parti-parti Melayu lain seperti Bersatu dan segelintir PKR tidak boleh turut serta dalam gabungan itu?

Malah pemimpin UMNO dan PAS juga sudah ada yang berlapang dada menerima parti-parti Melayu lain untuk sama-sama berjuang memartabatkan semula kuasa Melayu di Tanah Melayu ini.

Bukan itu saja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga menyambut baik saranan Azwanddin agar kesemua parti Melayu untuk duduk semeja dan berjuang di bawah satu panji bangsa dan agama.

Mungkin lebih elok jika ditukar konsep penyatuan ummah ini kepada penyatuan parti-parti Melayu supaya mesejnya lebih jelas dan melenyapkan kegelisahan rakyat terhadap perpecahan dalam kalangan pemimpin Melayu.

Usah pedulikan salakan-salakan liar yang berhasad dengki dan cuba menyemai sentimen perkauman terhadap usaha penyatuan ini.

Mereka sendiri sebenarnya lebih dahsyat sifat perkaumannya dan takut jika agenda penyatuan ini berjaya.

Jadi buktikanlah pemimpin-pemimpin Melayu, anda bukan boneka, tapi pejuang sebenar agama dan bangsa.

Sedarlah sebelum terlambat. – NTHQiBord, 25 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.