KERAJAAN negeri Melaka ketika ini sebahagian besarnya diketuai oleh puak DAP, kata ketua pemuda PAS negeri.

Ahmad Bilal Rahudin berkata walaupun mempunyai seorang ketua menteri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam, namun peranannya lebih kepada ‘berkhidmat’ kepada Bangsa DAP.

Perkara ini adalah realiti sebenar yang terjadi di bandaraya bersejarah itu memandangkan di awal pentadbiran Adly Zahari, dia antara pemimpin negeri yang pertama mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), ulasnya.

“DAP semakin ketara menyerlahkan watak abang besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ kerajaan negeri Melaka.

“Sekali gus bermakna ketua menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘pak turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP.

“Bererti juga Amanah sebagaimana sejarah kemunculan parti itu, sememangnya dibayangi dan ditaja oleh DAP.

“Kerana itu ketika mengambil alih pentadbiran negeri ini, beliau paling awal merealisasikan agenda DAP menerusi pendidikan dengan turut sama mengiktiraf UEC,” memetik kenyataan akhbarnya.

Ahmad Bilal juga turut mendesak pengerusi Amanah negeri itu untuk memberikan kenyataan berhubung kekacauan yang berlaku dalam pentadbiran Hospital Pakar Putra.

Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana sikap pentadbiran baharu di hospital berkenaan yang memainkan isu perkauman sehingga sering menindas pekerja bukan berbangsa Cina.

Perkara itu adalah sentimen politik kerana mereka yang baharu dilantik itu juga merupakan pemimpin politik daripada DAP, katanya.

“Malah, ia bukan sahaja bermotif politik jawatan dan kepentingan, tetapi juga mengheret sama sikap fanatik perkauman melampau oleh DAP.

“Kakitangan berkenaan telah mendakwa diberi tekanan, ditindas dan ditamatkan perkhidmatan, selain tidak dibayar pampasan sewajarnya,” tegasnya.

Sementara itu Ahmad Bilal juga turut mempersoal tinakan Adly yang hanya mendiamkan diri berkenaan isu ini walaupun sudah viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Ceo DAP hospital pakar Melaka tindas staf Melayu?

Ahmad Bilal juga turut mengaitkan sikap ketua menteri yang seolah-oleh merestui bangsa sendiri dipermainkan olah puak DAP ini.

Tambahnya, pemuda PAS Melaka mendesak Adly untuk bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku ini.

“Apakah sikap ini sengaja dibiarkan kerana beliau dan PAN juga ‘kenyang dan selesa’ dengan pelbagai jawatan, termasuk untuk kaum keluarga terdekat (kroni) yang direstui DAP?

“Maka, atas ‘ikatan’ yang dibelenggu kepada tengkuk masing-masing, dendam DAP ini pun didiamkan?

“Sehubungan itu kami menggesa ketua menteri tampil menzahirkan pendiriannya, sama ada berdiri dan menjadi pembela DAP atau pihak yang teraniaya in,” ujarnya.

Baru-baru ini hangat di media sosial berkenaan kejadian yang berlaku di Hospital Pakar Putra mengenai isu perkauman.

Menurut seorang pengguna Facebook, ketika ini hospital berkenaan rata-ratanya dikuasai oleh Bangsa DAP.

Sejak pentadbiran Amanah di negeri itu, struktur organisasi di sana sudah dirombak dan ketua pegawai eksekutif baharu hospital berkenaan ialah Ketua Wanita DAP Melaka, Chong May Lee. – NTHQiBord, 26 Jun, 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.