BARU-baru ini viral di media sosial berkenaan tindakan menteri pertahanan yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Ketidakpuasan hati itu ekoran pesawat yang sepatutnya dinaiki oleh Mohamad Sabu itu lewat daripada yang dijadualkan.

Kemudian secara kebetulan pula perdana menteri pada sesi Dialog dengan Pemimpin Korporat Thailand berkata secara tegas mahu menjual MAB kepada pihak lain.

Mungkin juga dengan perkara ini ada berkaitan dengan kejadian Mat Sabu yang marah dengan MAS.

Almaklumlah… Mat Sabu ini adalah salah satu daripada menteri kanan yang berada di pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jadi mungkin juga kedua-dua perkara yang berlaku ini adalah saling berkait rapat.

Tun Mahathir Mohamad berkata pada ketika kerajaan masih mencari pembeli berpotensi itu mampu menguruskan syarikat penerbangan itu dengan baik.

“Kami (kerajaan) telah banyak kali tukar pucuk pimpinan mereka (MAB).

“Setiap kali kami berharap mereka akan berbuat sesuatu untuk memulihkan syarikat tetapi mereka gagal.

“(Jadi) Kini kami mahu menjualnya, tetapi jika kami menjual (ia) kepada pihak yang akan gagal sekali lagi, ia tidak berbaloi

“Mungkin menukar ketuanya sekali lagi dan mungkin melakukan penstrukturan semula atau menyuntik sedikit wang kerajaan dan perkara seumpama itu, terdapat banyak opsyen sebenarnya,” katanya.

Kemudian Tun Mahathir ketika  ditanya oleh moderator berhubung dengan tindakan itu, beliau berkata: “Jika terdapat tawaran baik, dengan itu kami akan pertimbangkan (menjual syarikat penerbangan itu),” katanya.

Sementara itu, rata-rata dalam kalangan netizen juga turut mempersoal tindakan Tun Mahathir itu.

Malah mereka turut membuat andaian sambil mengaitkan kedua-dua peristiwa ini.

Patutlah mat sabu keluar press release pasal flight mas delay…nak justify jual mas rupanya,” – Fairuz Jaffar.

Bru delay sejam pastu kna report ngn menteri pertahanan trus nk kna jual.nasib badan la,” – Azrol Ibrahim.

Juai juai juai. Tudia laa..Sapa sruh bg flight delay,menteri pertahanan nk p jmpa Pm kt London x boleh,” – Nazari Affendy.

Kerajaan PH ni macam2 laa, menteri pertahanan buat perangai pastu pm pulak nak jual MAS,” – Zahid Syafiq.

“Ini semua sebab penerbangan Mat Sabu delay ke?” – Armand Jot. – NTHQiBord, 26 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.