KEMUNCULAN video aksi ranjang luar tabiie yang pelakunya dikatakan mirip kepada salah seorang menteri kanan akan memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis politik.

Wan Khairul Ihsan berkata rakyat semakin muak dengan sikap segelintir pemimpin di dalam parti itu yang mahu menjatuhkan antara satu sama lain.

Namun begitu, menurut beliau kerajaan tidak akan membiarkan sokongan rakyat terhadap mereka makin terus dingin.

Malah PH pasti akan memberikan ‘gula-gula’ terbaharu kepada rakyat di dalam menarik balik sokongan terhadap mereka yang semakin berkurangan, katanya.

“PH juga tidak akan benarkan situasi ini berlaku, tidak apa rakyat pada tahun hadapan anda akan dapat habuan yang anda tunggu.

“Kerajaan pada hari ini akan kumpul dan dia akan bagi semua peruntukan itu dan ini (adalah) nyata…tengok la dia akan bagi,” katanya.

Wan Khairul turut percaya bahawa dengan pemberian tersebut sudah tentu sahaja rakyat akan melupakan apa sahaja kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

Ini termasuk video songsang yang mempunyai kaitan dengan isu dalam parti PKR, katanya.

Beliau turut mengaitkan kata-kata Tun Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu ‘Melayu mudah lupa’ untuk menerangkan situasi ini.

Katanya, melalui peruntukan kerajaan, PH akan memastikan rakyat tidak terlalu memandang kepada sisi negatif yang pernah dilakukan mereka sebelum ini.

“Sudah pasti rakaman itu memberi kesan kepada parti. Tapi ini juga (ada) betulnya dengan (kata-kata) Tun Mahathir bahawa Melayu mudah lupa,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Politik Jijik PH…Apa Untungnya Rakyat’ di studio Nothing To Hide, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghentikan ‘percakaran’ sesama mereka.

Menurut beliau lagi, sejak 20 tahun yang lalu rakyat dihidangkan dengan wayang politik yang dihidangkan oleh mereka.

Setelah tahun 1998 sudah berlalu, namun kini drama mereka ini berulang kembali, tegasnya.

“Takkan rakyat hendak masuk dalam lubang yang sama untuk tempoh dua kali, itu orang cakap bodoh.

“Ini hakikatnya cuba bayangkan. 20 tahun kita mengabdikan diri semata-mata untuk bercakap, semata-mata untuk berkorban, hanya untuk jadi mangsa kepada dua orang ini.

“Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, sampai bila?

“Apa untungnya rakyat bila mereka ini bertelagah,” katanya. – NTHQiBord, 25 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.