BEBERAPA hari lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah menyatakan bahawa pemimpin Melayu diperalat oleh Bangsa DAP melalui proksi mereka yang merupakan taikun ekonomi.

Setiap pemimpin politik ini ada hubungan dengan taikun tertentu. Dengan sumber duit yang besar, tidak sukar untuk Bangsa DAP membeli pemimpin Melayu yang mudah terperangkap dengan sifat tamak dan kemaruk kuasa.

Mudah saja untuk mereka merancang dan pecahbelahkan orang Melayu dengan hanya menjaja jawatan Perdana Menteri untuk direbutkan.

Antara nama-nama taikun yang ada hubungan dengan pemimpin politik Malaysia termasuklah Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Corporation Bhd), Tan Sri Ananda Krishnan (Usaha Tegas Group Holdings, Maxis dan Bumi Armada), Tan Sri Ting Pek Khiing (Pemaju Hartanah), Tan Sri Desmond Lim (Pengerusi Pavillion Real Estate Investment Trust), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation), Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Hong Leong Capital Bhd).

Menurut penganalisis politik Hamdan Taha, politik dan pemberi dana atau penaja tidak dapat dipisahkan.

“Dalam konteks Malaysia, yang menguasai ekonomi ialah orang Cina. Mereka menjadi taikun ekonomi Malaysia dan bijak menggunakan peluang yang ada. Mereka tidak terjun ke dunia politik tetapi hanya menjadi penaja kepada parti politik,” ujar Hamdan ketika dihubungi.

Taikun ini pula bukan fokus kepada satu parti sahaja, malah kadang-kadang lebih daripada satu.

Menurut Hamdan, taikun ini sanggup melabur jutaan ringgit dalam parti tertentu khususnya parti pemerintah demi kepentingan perniagaan mereka.

Hamdan menyatakan bahawa antara penyumbang dana terbesar kepada Tun Mahathir ialah Robert Kuok (Robert Kuok Hock Nien). Selain itu termasuklah Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Yeoh Tiong Lay.

Mereka sanggup melabur sebab perniagaan mereka ada halal ada haram. Mesti kena jaga siapa bakal pemerintah.

Walaupun taikun ini pada umumnya tidak mengganggu dasar kerajaan namun mereka mahu kepentingan perniagaan mereka tidak diganggu.

Tetapi, menurut Hamdan pada kebiasannya apabila ada projek mega, mereka akan diberi keutamaan untuk diberikan tender tersebut.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan supaya pemberian dana ini dilakukan seperti di Amerika Syarikat.

Mana-mana dana atau sumbangan kepada parti politik hendaklah diisytiharkan secara terbuka.

Apabila pemberian ini dilakukan secara terbuka, risiko untuk urusan belakang tabir dapat dikurangkan, malah setiap parti akan menguruskan akaun dengan telus ke mana wang sumbangan dibelanjakan.

Jika tidak, tradisi tajaan dana selama ini terus menjadi pemangkin kepada campurtangan “kuasa ghaib” terhadap pemimpin politik sama ketika zaman UMNO-BN mahupun zaman DAP-PH.

Tidak kiralah sama ada Tun Mahathir atau  Anwar Ibrahim; sama ada Bersatu, PKR, mahupun PAN.

Kesemuanya ditaja sehingga berbalah sesama bangsa sendiri demi jawatan dan poket masing-masing.

Melayu baharu mesti keluar daripada tradisi yang merosakkan agama dan bangsa ini. Jadilah bangsa yang bebas daripada jerutan taikun. Jangan biarkan terus menjadi bidak catur kepada proksi DAP ini.

Bagi Hamdan, setakat ini hanya PAS yang tiada kaitan dengan mana-mana taikun! – 26 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Analisa longkang yang berbau rasis untuk mengapi-apikan perbalahan kaum demi sokongan parti tertentu. Perkataan digunakan hebat sekali “jadi hamba taikun DAP”. .Masa zaman BN merintah tak buat analisa sedemikian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.