SETIAUSAHA politik kepada menteri pengangkutan hari ini membuat laporan polis terhadap Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) yang didakwa menfitnah dirinya.

Datuk Mohamad Dahlan Maamor berkata tujuannya itu adalah untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan perkara yang tidak berasas.

Perkara ini adalah berkaitan dengan tuduhan bahawa beliau tidak mahu bertemu dengan wakil GTSM yang datang ke Kementerian Pengangkutan.

Manakala mengenai tuduhan yang mengatakan bahawa beliau membuang memo yang diterimanya daripada pihak GTSM ke dalam tong sampah.

“Ia adalah perkara tidak benar dan satu fitnah, ia satu interpretasi yang belum berlaku. Saya difahamkan, ada lebih 60 laporan polis terhadap saya dilakukan di seluruh Malaysia.

“Ada beberapa perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan tidak bertepatan dengan perkara semasa. Contohnya saya dikatakan tidak mahu bertemu dengan pemandu teksi. Itu tidak benar dan saya berasa ia adalah dakwaan palsu.

“Jika pemandu teksi kata susah untuk berjumpa dengan saya, boleh dilihat hari ini ramai yang datang menyokong saya. (Jika) ada masalah datang saja.

“Jadi hari ini saya tampil untuk buat laporan dan beri keterangan berdasarkan fakta mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada 19 Jun,” katanya.

Sementara itu, beliau dilaporkan berkata GTSM juga turut membuat laporan polis terhadap dirinya.

Berkenaan dirinya yang didakwa berkata pemandu teksi yang membuat himpunan di Kementerian Pengangkutan pada sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sedang membuat kekecohan.

Pada 19 Jun, anggaran 1,000 orang pemandu teksi bertindak berhimpunan di hadapan Pejabat Perdana Menteri bagi menuntut hak sama rata dalam industri teksi negara.

Pemandu teksi di bawah GTSM itu menggelar diri mereka menggelarkan himpunan itu sebagai Perhimpunan Reformasi Teksi 2.0.

Mereka juga menuntut campur tangan daripada perdana menteri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi. – NTHQiBord, 26 Jun, 2019.

1 COMMENT

  1. Setiusaha pilitik dan menteri dah macam pelakon filem atau artis, sikit-sikit report polis… sebagai menteri yang “sepatutnya” lebih bijaksana dan mempunyai people skills yang bagus, selesaikan masalah secara lebih professional sesuai dengan jawatan wakil rakyat/ahli parlimen…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.