BANGSA DAP menunjukkan sifat jahil mereka terhadap Perlembagaan apabila membuat laporan polis berhubung isu menghapuskan sekolah vernakular yang dibangkitkan Muslimat PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kampar, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat berkata, laporan polis oleh DAPSY Kampar baru-baru ini adalah berniat jahat dan cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Katanya, desakan agar Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Nor agar disiasat mengikut Akta Hasutan juga menunjukkan wajah sikap DAP yang tidak konsisten.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri berulang kali mendesak agar akta ini dihapuskan sebagaimana janji PH dan DAP dalam Manifesto Pakatan Harapan.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar mengecam sekeras-kerasnya tindakan mereka yang dilihat seolah-olah cuba menjadi hero tapi kurang cerdik walaupun dikatakan dibarisi pemuda berlatarbelakangkan bidang perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shahrizan berkata, DAPSY perlu belajar sejarah kembali bagaimana sekolah vernakular boleh wujud di negara ini.

Jelasnya, mengikut sejarah, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang individu yang bertanggungjawab menghalang British untuk menghapuskan sekolah vernakular ketika negara ini mencapai kemerdekaan.

Katanya, usaha yang ditunjukkan Tunku Abdul Rahman itu adalah atas dasar menghormati antara kaum di negara ini.

“Itu pun sekolah vernakular yang dibenarkan hanyalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sahaja dan apabila sampai tahap menengah, semua pelajar perlu memasuki sekolah aliran kebangsaan.

“Dengan kata lain, tiada sebarang masalah pun sekiranya kerajaan mahu menghapuskan SJK atau menghentikan dana kepada sekolah vernakular kerana cuma melibatkan pertukaran dasar kerajaan sedia ada sahaja dan tidak melanggar klausa dalam Perlembagaan,” katanya. – 26 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. We shall get the DAPSYs who launched the report to be investigated under akta Hasutan. Truly they are the one who should be investigated because they are seditionists.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.