PERGERAKAN Pemuda UMNO Negeri Melaka memandang serius isu yang melanda Hospital Pakar Putra GLC Milik Kerajaan Negeri Melaka.

Pemuda UMNO Melaka dimaklumkan bahawa sehingga kini seramai 10 pekerja berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India berjawatan peringkat pengurusan tertinggi telah berhenti secara sukarela.

Tindakan berhenti sukarela itu diambil selepas mereka menerima tekanan kerja yang berterusan sehingga mereka terpaksa mengambil tindakan tersebut.

“Ini belum diambil kira lagi mereka yang telah menerima surat amaran dan tunjuk sebab yang membolehkan mereka diberhentikan kerja pada bila-bila masa.”

“Pemuda Melaka juga mengambil berat dan memandang serius strategi mendera emosi diguna pakai oleh individu yang memegang jawatan pengurusan tertinggi di hospital ini,” ujar Mohd Noor Helmy, Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Melaka dikuasai Bangsa-DAP

ARTIKEL BERKAITAN: CEO DAP hospital pakar Melaka tindas staf Melayu?

Melihat dari senario yang berlaku kini, Pemuda UMNO Melaka merasakan pihak pengurusan tertinggi Hospital Putra Melaka yang diketuai oleh Chow May Lee (Ketua Wanita DAP Melaka) sedang melakukan pembersihan etnik dan memasukan kroni mereka.

Selain itu Pemuda UMNO Melaka turut menerima aduan atas tindakan yang telah dibuat oleh pengurusan tertinggi Hospital Putra termasuklah;

  1. Mencaci dan memaki penjawat tidak kira tempat sehinggakan di dalam lif (hadapan orang ramai iaitu secara terbuka) pun merupakan perkara biasa.

2. Diarahkan melaksana kerja yang bukan kerja hakiki.

3. Mengeluarkan surat tunjuk sebab dan amaran yang tidak jelas puncanya.

4. Mempertikaikan jumlah pekerja berbangsa Melayu yang ramai di Hospital Pakar Putra.

Mohd Noor yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka, mengambil tindakan sewajarnya membela nasib pekerja ini.

Pihak pengurusan tertinggi hospital juga seharusnya bersikap lebih profesional dan matang dalam membezakan politik dan pekerjaan.

Atau inikah yang dilaungkan mereka sebagai satu semangat Malaysia Baru?

Dahulu heboh apabila hospital yang sama mensyaratkan boleh berbahasa mandarin untuk memohon pekerjaan di sini. – 27 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.