KETIKA menjadi pembangkang dahulu, tiada apa yang tidak dicemuh.

Hari ini, selepas setahun menjadi kerajaan, apa yang dicemuh itu kembali dijilat.

Yang terbaharu ialah larangan kepada kakitangan Kemas daripada menghadiri majlis anjuran pembangkang.

Tular dalam media maya surat pekeliling yang ditujukan kepada kakitangan Kemas Machang Kelantan.

Surat tersebut menyatakan “Larangan menghadiri sebarang program/mesyuarat/keraian seperti Sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh Parti Pembangkang.”

Surat itu turut menyatakan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mana-mana kakitangan yang didapati melanggar larangan tersebut.

Kemas atau nama penuhnya Jabatan Kemajuan Masyarakat terletak di bawah kementerian Pembangunan Luar Bandar.

YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, menteri di kementerian terbabit mungkin ada alasan kenapa arahan itu dikeluarkan.

Tetapi, semua sedia maklum bahawa sebelum ini, semasa PH menjadi pembangkang mereka sering menuduh kerajaan sebelumnya mengamalkan politik tertutup.

Jika inilah sikap kerajaan hari ini, maka tiada bezanya dengan kerajaan terdahulu, malah mungkin lebih teruk lagi

Seburuk-buruk kerajaan terdahulu tidaklah sampai melarang kakitangan kerajaan untuk menghadiri majlis keraian seperti hari raya.

Apa akan jadi kalau anggota keselamatan seperti bomba, polis, tentera dan seumpamanya jika dilarang bermesyuarat dengan kerajaan negeri yang dikuasai parti pembangkang?

Tidakkah akhirnya rakyat yang menjadi mangsa jika tiada koordinasi antara kerajaan negeri dan agensi pusat?

Lupa pula, kerajaan DAP-PH memang tidak pedulikan nasib rakyat.

Bagi mereka, yang penting ialah berebut jawatan PM. – NTHQiBORD 27 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.