SENARAI 41 individu dan entiti yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima dana 1MDB mengundang reaksi kurang senang segelintir pihak.

Ini kerana ketua baharu SPRM, Latheefa Koya dituduh melakukan tindakan terpilih bagi mendapatkan dana 1MDB.

Ketua UMNO Sabah Bung Moktar Radin mempertikai SPRM tidak menyenaraikan bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang lompat parti selepas perubahan kerajaan tahun lalU walaupun menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Mengapa hanya 41 orang? Bagaimana dengan yang selebihnya?” soal Bung seperti dilaporkan FMT.

Minggu lepas, SPRM mengumumkan saman pelucuthakan sivil terhadap 41 individu, mendesak mereka mengembalikan wang itu untuk mengelak tindakan di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram.

Akaun bank parti itu dibekukan sejak tahun lepas sebagai sebahagian daripada penyiasatan 1MDB.

“Bagi saya, ini adalah pendakwaan terpilih,” kata Bung.

“Adakah SPRM tidak cuba mendapatkan dana daripada mereka? Saya harap mereka boleh memperjelaskan ini dan memaklumkan orang ramai.”

Sementara itu, Bung mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menjelaskannya, mengatakan ketiadaan penerima lain daripada Najib adalah cubaan menghukum sesetengah kumpulan politik.

“Kami berharap Latheefa akan menjalankan tugas dengan baik dan adil, tetapi sekarang kami hilang keyakinan,” katanya. – 27 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.