TULAR hari ini surat layang yang menggunakan nama ‘Pegawai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya’ sebagai pengirimnya yang dihantar kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Antara intipati surat layang itu menyebut agar Tun Mahathir menasihati Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi yang dilihat gagal mengendali kementerian dan melakukan kemungkaran selama berkhidmat di kementerian terbabit.

Surat yang bertarikh 15 Jun itu mempunyai keterangan panjang lebar sebanyak tujuh muka surat, turut menulis tentang korupsi dan ‘political fund‘ yang dibuat oleh Mohammadin.

Korupsi yang dilakukan menteri ini dibantah oleh para penjawat awam tinggi di MOTAC.

” Saya mewakili rakan-rakan di MOTAC memohon masa Tun untuk melihat sendiri apa yang terjadi di Kementerian ini dan bisik-bisiklah sedikit kepada Dato’ Mohammadin untuk segera berubah dan perbaiki kelemahan beliau….”

Kehadiran surat layang ini membuktikan berlaku pergolakan yang serius di antara pejabat menteri dan penjawat awam di kementerian itu dan suasana yang tidak sihat ini antara luka yang perlu ditangani jika Pakatan Harapan benar-benar serius mahu menerajui negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga harus menyiasat dakwaan berkenaan rasuah terhadap Mohammadin Ketapi kerana ia satu dakwaan yang serius melibatkan integriti kementerian.

Namun sehingga hari ini, pejabat Mohammadin Ketapi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas dalam menjawab isu ini dan memilih untuk berdiam diri. – NTHQiBord, 27 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.