BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof melawat masyarakat Uighur, di wilayah Xinjiang, China.

Namun, lawatan beliau mendapat komen daripada warga netizen khususnya etnik Uighur.

Antara komen yang menarik ialah datang daripada seorang yang bernama Burhan Saiti Uyghur.

Dear Malaysian friends, don’t trust this Chinese agent; Chinese government brings him to Malaysia the condition that if he tells the truth, they will execute his family members; his body is Uyghur, but his tongue, his thoughts and his mind is Chinese government; As I am academician, I don’t tell lie, and my underaged children don’t tell the lie!

Komen Burhan itu merujuk kepada seorang lelaki pengiring yang bersama-sama Mujahid melawat Masjid Id Kah Xinjiang, Institut Latihan dan Vokasional, Taman Teknolongi Industri di Xinjiang, dan Institut Islam Xinjiang.

Burhan pernah tinggal di Malaysia dan berkemungkinan belajar di Universiti Islam Antarabangsa berdasarkan gambar profil beliau.

Peringatan Burhan itu bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, bahkan untuk Mujahid juga.

Mujahid sepatutnya tidak mudah tertipu apa yang dilihatnya sepanjang lawatan tersebut.

Sudah tentu Menteri Agama berkenaan ditunjukkan tempat-tempat yang tidak seperti yang didakwa berlakunya penindasan.

Namun berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh Mujahid, banyak persoalan yang timbul.

Kenapa, semua Uighur di tempat yang dilawati tidak memakai tudung?

Kenapa, dinding di dalam masjid kosong dan tiada langsung kaligrafi tulisan ayat-ayat al-Quran sebagaimana masjid ditempat lain.

Begitu juga, gambar ketika Mujahid melawat sekolah tadika. Semua guru tadika memakai baju T dan tidak bertudung.

Jadi, jika dilihat kali kedua, benarlah dakwaan bahawa berlaku diskiriminasi agama di wilayah itu.

Dalam perkembangan lain, Uyghur Freedom Movement (UFM) dalam suatu kenyataan menyatakan amat kecewa dengan status bergambar yang dimuatnaik oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa di laman Facebooknya baru-baru ini berkenaan ‘Kem pendidikan semua’ Uyghur.

UFM mendedahkan ada diantara penyelidiknya berjaya menjejakkan kaki ke sana dan dapat mengetahui sendiri kezaliman kerajaan China.

Adalah diharapkan Mujahid tidak memberitahu rakyat Malaysia bahawa cerita penindasan kaum Uighur itu tidak benar berdasarkan semata-mata lawatan yang diatur tuan rumah itu.

Dunia hari ini, maklumat tanpa sempadan. Jangan tertipu hanya melalui lawatan tersebut. – 27 Jun 2019

1 COMMENT

  1. Biasalah Mujahid lebih berbahaya dari Lim Kit Siang. Sekurang-kurangnya Lim Kit Siang terang-terangan anti Melayu dan Islam, TETAPI Mujahid berselindung dengan bangsa nya dan agamanya sedangkan hakikatnya tindak-tanduk nya sama seperti Kit Siang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.