TAHUN lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendakwa Program Susu 1Malaysia (PS1M) gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara.

Namun hasil siasatan akhbar Mingguan Malaysia, program itu berjalan seperti biasa dan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan.

Mungkin bagi mengelak malu, kerajaan Pakatan Harapan kemudiannya menamatkan kontrak syarikat susu yang membekalkan minuman itu bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Tapi baru-baru ini, kecoh balik isu susu RMT apabila ‘ketua pembangkang’ Datuk Seri Najib Razak mendedahkan satu lagi pembohongan bersiri Pakatan Harapan (PH).

Dalam coretan di Facebook miliknya, Najib berkata kerajaan PH menggunakan stok bungkusan kotak susu sedia ada tapi mereka melekatkan labeling baru di atas supaya slogan 1Malaysia tak nampak.

“PH fobia dengan slogan 1Malaysia!

“Susu segar tapi kotak susu dari stok supaya tidak membazir. Itupun PH trauma apabila mereka diberitahu,” sindir Najib.

Najib juga memerli Maszlee yang sebelum ini mendakwa program susu itu ‘hilang’ pada 2017.

Beliau meletakkan pautan laporan Mingguan Malaysia yang mendedahkan pembohongan Maszlee kononnya PS1M 2017 gagal dan bekalan susu hilang selama setahun selain mendakwa bekas Menteri Pendidikan ‘tidak tahu’ tentang pengagihan susu berkenaan.

“Itulah sebab SPRM dan pihak polis tak pernah dakwa sesiapa ke atas ‘pencurian susu’ sehingga kini kerana susu memang tak hilang.

“Berapa kali nak kena tipu dengan mereka baru kita akan sedar?,” kata Najib.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.