BILA Lim Guan Eng umum kerajaan akan membeli empat lebuh raya di Lembah Klang, penyokong Pakatan Harapan (PH) sudah mula berzikir memuji ‘khalifah’ Bangsa DAP itu.

“PH akan tunai janji mansuh tol!’ itu antara sebutan yang meniti di bibir penyokong PH.

Pengumuman Guan Eng itu juga disahut baik oleh ‘kuda tunggangan’ DAP, Pemuda Amanah yang memuji langkah kerajaan dalam merealisasikan janji menghapuskan tol.

Tapi sebelum mereka bergembira, eloklah ambil kira pandangan ‘ketua pembangkang’ Datuk Seri Najib Razak dalam coretan di Facebooknya baru-baru ini.

Najib mempertikaikan cadangan kerajaan untuk mengenakan cukai kesesakan walaupun tempoh konsesi tol sudah tamat.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak perlu mengutip bayaran apabila sudah memansuhkan tol dan bertanggungjawab untuk menyelenggara lebuh raya yang diambil.

“Apabila konsesi tol tamat di bawah kerajaan BN atau kita nak mansuhkan tol, plaza tol dirobohkan dan kerajaan akan ambil alih penyelenggaraan lebuh raya tersebut.

“Satu sen pun tidak akan dikutip lagi untuk pengguna lebuh raya itu,” katanya.

Najib juga menyindir janji PH untuk menghapuskan tol sebelum mengambil-alih kerajaan pada 9 Mei tahun lalu.

“Rupanya, janji PH untuk tol-free telah menjadi tol untuk selama-lamanya.

“Undi PH, dapatlah tol-forever,” katanya. – 27 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.