PENGAGIHAN wang zakat oleh pemimpin bukan Islam pada bulan Ramadan lalu turut dipersoal oleh pemimpin daripada MIC.

Menurut setiausaha penerangan pusat parti itu, seharusnya pihak tersebut prihatin dengan sensitiviti umat Islam.

Malah A.Subash Chandrabose turut memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Mei 2001 yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil iaitu mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat.

“Terdapat pandangan yang mengatakan sah kepada mana-mana orang bukan Islam yang menyampaikan bantuan zakat.

“Keputusan ini terpakai dalam isu mewakilkan orang bukan Islam dalam mengagihkan zakat.

“Biarpun mungkin tiada lantikan rasmi, tetapi (dengan) mewakilkan mereka tidak bertepatan dengan al-Siyasah al-Syariyyah, “ katanya memetik kenyataan media.

Malah Subash turut mengaitkan perkara ini seolah-olah adanya campur tangan politik terutama dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat.

Tambahnya, sepatutnya pemimpin tersebut tidak perlu terlalu menunjukkan ‘keprihatinan’ mereka terlibat dengan urusan agama orang lain.

Kerana ada lagi individu dalam kalangan orang Islam yang berkhalayakan untuk mengagihkan pemberian zakat, katanya.

Sekiranya perkara ini dilakukan secara berterusan ianya nescaya akan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat beragama Islam, ujarnya.

“Ketelusan dalam kutipan dan agihan zakat mempunyai kepentingan secara bersama yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya berkait-rapat dalam membanteras kemiskinan.

“Ingat wahai pemimpin pemimpin DAP, pemberian bantuan zakat oleh orang bukan Islam kepadaorang Islam boleh menimbulkan kekeliruan, kerana tanggungjawab itu sepatutnya digalas orang Islam.

“Jangan cuba mengubah sesuatu dengan sesuka hati. Kalau tidak pasti, boleh belajar. Kalau disengajakan, maka ianya dianggap biadap,” tegasnya.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial berkenaan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang yang mengagihkan sumbangan zakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Ki telah berkongsi beberapa gambar sumbangan berkenaan di laman Facebooknya.

Namun Chris kemudian memadam hantaran berkenaan selepas dikecam oleh netizen.

Sebelum ini perkara yang sama turut dipersoal oleh Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang berkata pemberian bantuan zakat oleh orang bukan Islam kepada orang Islam boleh menimbulkan kekeliruan.

Tegasnya perkara ini adalah tanggungjawab yang sepatutnya digalas orang Islam.

“Sepatutnya orang Islam yang kena bagi kepada orang Islam.

“Isu zakat cukup sensitif dalam kalangan orang Islam dan adalah sangat wajar orang Islam yang menguruskannya,” katanya. – NTHQiBord, 26 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.